SIRI LAPORAN ANTIDADAH: KERJASAMA ANTARA BERITA HARIAN/BERITA MINGGU DENGAN BIRO NARKOTIK PUSAT (CNB)
Hulur sokongan keluarga pesalah: Konsert antidadah ditunda
PIHAK penganjur telah menunda konsert antidadah pada 15 Februari ini sebagai langkah berjaga-jaga menyusuli situasi koronavirus sekarang.
Konsert yang bakal menyampaikan mesej Dadah Itu Haram dan dijadualkan berlangsung di Kelab Masyarakat The Frontier di Jurong West itu akan ditunda sehingga diberitahu kemudian, menurut laman Facebook Dadah itu Haram Isnin lalu.