BEKERJA SEMULA SELEPAS 13 TAHUN
Ibu dapatkan bantuan WSG perbaiki 'resume' dapatkan kerja
Dec 23, 2019 | 05:30 AM
SETIAP hari selama enam bulan, Cik Seri Aisha Ishak menghantarkan puluhan resume menerusi laman pekerjaan dengan harapan dapat kembali ke alam pekerjaan secepat mungkin.
Namun, laluan ibu tiga anak itu, yang mahu kembali bekerja selepas sekitar 13 tahun lamanya, tidak begitu mudah.