DI KALANGAN cendekiawan Islam, nama Al-Farabi mungkin sering didengar tetapi tidak ramai mengenali sosok sarjana yang telah memberi sumbangan luas - baik kepada pembangunan falsafah dalam dunia moden mahupun kepada kemajuan dunia Islam.
Persidangan antarabangsa dalam talian berkenaan "Sumbangan dan Pentingnya al-Farabi pada Ketamadunan Dunia" yang disokong kedutaan Kazakhstan di Singapura, Malaysia dan Indonesia baru-baru ini, mengarah tumpuan kepada pemikiran pengasas falsafah dalam lingkungan dunia Islam ini.