Isu milik senjata api Thailand jadi perhatian
Susuli beberapa kejadian tembakan khususnya pembunuhan 29 orang di wilayah Nakhon Ratchasima baru-baru ini
Mar 16, 2020 | 05:30 AM
BANGKOK: Suasana tenang Thailand, yang dikenali sebagai 'negara seribu senyuman', tiba-tiba tergugat apabila berlakunya insiden tembakan beramai-ramai di wilayah timur laut Nakhon Ratchasima baru-baru ini.
Kejadian berdarah itu membunuh 29 orang dengan penembak kemudiannya ditembak mati pihak keselamatan di sebuah pusat beli-belah.