Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Jadi sukarelawan yayasan lepas isteri hidap barah buah dada

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI sukarelawan bersama kumpulan sokongan barah buah dada, Sheikh Abdul Rahim Sheikh Mohd Ali, telah menemui beberapa orang suami yang meminta bantuan beliau untuk memberi nasihat kepada isteri mereka yang mengalami barah buah dada.



Sebagai contoh, seorang suami pernah meminta bantuan Sheikh Abdul Rahim, 80 tahun, untuk memberi nasihat kepada isteri si suami itu yang tidak mahu menjalani rawatan barah buah dada walaupun si suami sudah memberi izin.



Pasangan suami dan isteri itu beragama Islam.



Alasan si isteri itu - beliau berasa malu menjalani pembedahan mastektomi yang dikendalikan oleh doktor lelaki.



Mujurlah, atas dorongan Sheikh Abdul Rahim yang menerapkan unsur agama di dalam nasihatnya, wanita itu setuju melakukan rawatan mastektomi.



Sheikh Abdul Rahim merupakan antara perintis sukarelawan Yayasan Barah Buah Dada (BCF) apabila yayasan itu mula ditubuhkan pada 1997 dan kini masih menjadi anggota sukarelawan BCF.



Beliau juga antara perintis anggota kumpulan sokongan di Pusat Penjagaan Barah Serenity, Persatuan Ain.



Kini, beliau dan isterinya, seorang mualaf, Cik Amiron Bee Bee Abdullah @ Cik Jee Chew Kee, 79 tahun, adalah koordinator di Pusat Penjagaan Barah Serenity.



Mengulas tentang bagaimana beliau mula terlibat sebagai anggota kumpulan sokongan barah buah dada, Sheikh Abdul Rahim menceritakan bahawa ia terjadi selepas isterinya, Cik Jee, didiagnosis penyakit barah buah dada pada 1998.



Kata beliau, isterinya berasa sakit di bahagian buah dada kanannya tatkala itu dan pergi berjumpa doktor yang mengesahkan isterinya menghadapi penyakit barah buah dada peringkat satu.



Doktor tersebut kemudian menyarankan isterinya menjalani rawatan lumpektomi iaitu hanya menanggalkan tumor di dalam buah dada.



"Isteri saya sangat sedih dan fikirannya berkecamuk apabila dia dapat tahu tentang penyakitnya.



"Jadi, saya memberi isteri saya sokongan dengan menemaninya berjumpa doktor dan saya tulis segala yang dikatakan doktor - apa dia harus buat dan tidak harus buat," kata Encik Abdul Rahim.



Isteri beliau juga telah menjalani rawatan kemoterapi dan terapi hormon.



Menurut Sheikh Abdul Rahim, walaupun isterinya seorang jururawat di bahagian teater pembedahan jantung dahulu, beliau kurang tahu tentang penyakit barah buah dada itu ketika beliau jatuh sakit.



Sheikh Abdul Rahim yang pernah bertugas sebagai pegawai kewangan juga kurang berpengetahuan tentang penyakit barah buah dada.



Justeru, apabila mereka mendapat tahu tentang kumpulan sokongan di Yayasan Barah Buah Dada daripada seorang jururawat di Hospital Besar Singapura (SGH), di mana, isterinya menjalani rawatan, pasangan suami isteri itu pun mengunjungi yayasan tersebut.



"Ketika itu, Yayasan Barah Buah Dada baru ditubuhkan dan memerlukan sukarelawan.



"Selain mempelajari tentang barah buah dada dan mendapat sokongan emosi dan mental buat isteri saya, saya juga ingin membantu orang lain yang kurang tahu tentang penyakit ini.



"Jadi, saya sedia meluangkan masa dan membantu dalam apa sahaja perkara yang diperlukan yayasan itu," kata Sheikh Abdul Rahim.



Kini, isteri Sheikh Abdul Rahim, Cik Jee, sudah sembuh daripada barah buah dada.



Namun, beberapa tahun kemudian, Cik Jee mengalami kanser paru-paru dan kemudian kanser otak.



Apa pun, Sheikh Abdul Rahim reda dengan penyakit isterinya dan ingin menggalakkan pesakit barah buah dada untuk mendapat sokongan mental dan emosi dengan menyertai kumpulan sokongan barah buah dada.




SIMPATI DAN SOKONGAN SUAMI



"Isteri saya sangat sedih dan fikirannya berkecamuk apabila dia dapat tahu tentang penyakitnya.

"Jadi, saya memberi isteri saya sokongan dengan menemaninya berjumpa doktor dan saya tulis segala yang dikatakan doktor - apa dia harus buat dan tidak harus buat."

- Sheikh Abdul Rahim Sheikh Mohd Ali




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >