Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BICARA MUFTI

Jadikan ilmu Al-Quran panduan hidup

Jun 02, 2019 | 05:30 AM



ILMU yang Allah swt turunkan kepada manusia harus dijaga dengan baik.



Antara ilmu yang Allah swt berikan kepada manusia adalah apa yang Allah wahyukan dan ilmu ini disebut dalam kitab suci Al-Quran.



Justeru, dalam kuliah tafsir yang disampaikan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram di Masjid Darul Makmur baru-baru ini, jemaah diingatkan supaya menghargai ilmu pemberian Allah swt itu dengan baik dan jangan kita sibuk mempersoalkan yang bukan-bukan.



TENTANG ROH



Mufti telah mentafsirkan surah Al-Isra' daripada ayat 85 dalam surah Al-Isra' membawa maksud:



"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah bahawa roh itu adalah daripada urusan Tuhanku dan kamu itu tidak diberikan sembarang ilmu kecuali sedikit sahaja yang diberikan kepadamu."



Ayat tersebut menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah ditanya orang:



"Yang namanya roh itu, apa, Ya Muhammad?"



Para sahabat yang satu ketika sedang bersama Nabi Muhammad saw di Madinah menceritakan bahawa sekumpulan orang Quraish telah berkata kepada Nabi Muhammad:



"Kalau betul apa kau katakan selama ini, cuba terangkan roh itu apa?"



Lalu, Nabi Muhammad saw dikhabarkan ketika itu menjenguk-jenguk ke arah langit dan orang yang menceritakan ini kata dia tahu bahawa pada saat itu diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad saw lalu Nabi Muhammad memberi ayat ini:



"Mereka tanya tentang roh, katakanlah roh adalah urusan Tuhan. Kamu semua tak tahu. Ilmu yang kamu ada itu sedikit sahaja yang diberikan kepada kamu."



Roh itu adalah milik Allah dan sifatnya ghaib.



Upaya roh membolehkan manusia berfikir dan menjana ilmu.



Upaya roh menjadikan kekuatan rohani perkasa dan dapat membeza yang buruk dengan yang baik.



Roh juga memberikan daya kepada manusia supaya ianya menjadi buah amal yang diterima oleh Allah.



Lalu, ayat sambungan dalam surah Al-Isra' itu menyaran manusia agar menjaga ilmu yang Allah turunkan dengan baik.



"Mana ilmu yang Allah dah turunkan, kita jaga itu dengan baik. Itu yang kita pegang, itu yang kita laksanakan, itu kita jadikan sebab supaya selamat di sisi Allah swt," kata Mufti.



KEKUATAN AL-QURAN



Kemudian, manusia diingatkan:



"Wahai manusia, ingat, ini (Al-Quran) yang kami wahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Kalau Quran ini ditarik balik atau ayat-ayat ini Allah hapuskan, kita tak dapat mencari orang lain yang boleh tolong kita dapatkan balik ayat-ayat yang diturunkan Allah itu."



Lalu, Mufti menjelaskan bahawa Al-Quran itu tidak akan hilang daripada kehidupan kita, tidak akan hilang daripada hati kita, tidak akan hilang daripada pegangan agama kita kalau ada rahmat daripada Allah swt.



Justeru, manusia tidak boleh sombong.



Lantas, macam mana hendak mendapat rahmat Allah swt?



Jadilah orang yang baik, yang taat, yang takut dengan azab dan kemurkaan Allah swt.



Ada manusia bersungguh-sungguh hendak menjadi pakar Al-Quran tapi ingat, kalau tidak ada rahmat Allah, akan hilang Al-Quran itu daripada kehidupan.



Satu perkara lagi, Al-Quran boleh hilang daripada jiwa dan hati kita jika kita tidak ambil iktibar daripada kandungan ayat Allah, kita tidak sungguh-sungguh, tidak menghargai dan tidak pelajari kitab suci Al-Quran dan jadikan ia sebagai panduan dalam hidup kita.



Jadi, Mufti mengajak umatnya agar belajar, tuntut ilmu, mengaji, baca Al-Quran dan menghargai ilmu yang Allah swt berikan kepada kita.



DITURUNKAN DALAM BULAN RAMADAN



Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 Allah menyatakan:



"Bulan Ramadan adalah (bulan) yang diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan batil)."



Maksud petunjuk itu luas maknanya.



Ia bukan sekadar pengetahuan dan ilmu, data dan fakta, pedoman dan maklumat, malah petunjuk daripada Allah itu mampu membentuk akal fikir dan hati nurani hingga terjelma watak contoh dan misali.



Turunnya Al-Quran di bulan Ramadan memberi erti yang amat besar kepada ahli abid (orang yg menghambakan diri kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya) supaya dekat dengan Allah dalam maksud melaksanakan yang makruf dan menghindar diri daripada yang mungkar.




''Mana ilmu yang Allah dah turunkan, kita jaga itu dengan baik. Itu yang kita pegang, itu yang kita laksanakan, itu kita jadikan sebab supaya selamat di sisi Allah swt.''
- Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >