Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jalinan kerjasama SG dan Hong Kong beri banyak manfaat

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Hong Kong menikmati hubungan amat baik dan lama terjalin selain disokong hubungan ekonomi yang kukuh, hubungan rakyat dengan rakyat dan pertukaran tetap antara pemimpin dengan pegawai kita.



Bandar kita sering dibandingkan, yang memang dijangkakan. Kita mempunyai persaingan sihat, yang mendorong kita melakukan lebih baik; namun, terdapat juga banyak yang perlu dipelajari antara satu dengan lain.



Kita menghadapi cabaran sama seperti penuaan, rumah dimampui, pendidikan, perubahan iklim dan pembangunan bandar. Kedua-dua bandar kita memainkan peranan saling melengkapi sebagai pusat kewangan buat rantau masing-masing.



Kita juga perlu mengemudi persekitaran luaran kompleks, terutamanya memandangkan persaingan kuasa utama dan ketidaktentuan geopolitik, sambil mengekalkan pandangan terbuka dan global.



Ini terutamanya kerana bandar-bandar lain kelihatan berkembang di ruang yang sama. Melihat kepada persamaan kita, kita mempunyai banyak keuntungan dengan bekerjasama. Singapura dan Hong Kong, di bawah kepimpinan Ketua Eksekutif, Cik Carrie Lam, telah mengekalkan momentum kerjasama.



Hong Kong secara konsisten berada di kedudukan antara ekonomi paling bersaing di dunia. Ia kekal sebagai salah satu ekonomi berasaskan perkhidmatan paling maju, dan pintu masuk utama bagi perdagangan dan pelaburan antarabangsa China. Walaupun berlakunya wabak (Covid-19), ekonomi Hong Kong meningkat 6.4 peratus tahun lalu.



Rantau Asia-Pasifik terus menjadi tempat baik bagi pertumbuhan. Singapura dan Hong Kong berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang semakin berkembang di rantau ini.



Penyepaduan Hong Kong dengan tanah besar China - termasuk melalui penyertaannya dalam rancangan lima tahun ke-14 China, Inisiatif Belt and Road dan Kawasan Greater Bay - memberi peluang selanjutnya bagi kerjasama dengan Asia Tenggara, termasuk Singapura.



Wadah kerjasama Singapura dengan China, termasuk Majlis Kerjasama Singapura-Guangdong, Inisiatif Bandar Bijak Singapura-China (Shenzhen) dan Bandar Pengetahuan Guangzhou China-Singapura, boleh memainkan peranan pengganda (multiplier) dalam pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi dalam Kawasan Greater Bay.



Kerjasama Singapura dengan China di Suzhou, Tianjin dan Chongqing, khususnya Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baru di bawah Inisiatif Ketersambungan Chongqing, menyediakan laluan pelengkap kepada pasaran China yang lebih luas.



Singapura menyambut baik penglibatan Hong Kong yang semakin mendalam di Asia Tenggara. Perniagaan di Asean dan Hong Kong telah memperoleh manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas Asean-Hong Kong, yang mula berkuat kuasa pada 2019.



Hong Kong kini telah memohon mahu menyertai Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia merangkumi 30 peratus hasil kasar dalam negeri global.



RCEP akan mendorong integrasi serantau yang lebih besar dan membuka peluang apabila rantau kita pulih daripada Covid-19.



Tahun ini menandakan 25 tahun sejak Hong Kong kembali ke China dan penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.



Tempoh ini ditandai dengan banyak kemajuan di tengah-tengah banyak cabaran, termasuk krisis kewangan Asia dan global, Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) dan wabak Covid-19, serta pergolakan politik 2019.



Semangat kuat penduduknya telah membolehkan Hong Kong mengatasi cabaran ini dan bandar itu kini telah kembali bertapak kukuh.



Kemantapan, undang-undang dan ketenteraman adalah penting buat mana-mana masyarakat, dan menyediakan asas bagi pembangunan ekonomi dan sosial.



Secara bersama, mereka membentuk kitaran baik saling menguatkan yang membolehkan masyarakat maju dan membina kehidupan lebih baik bagi penduduknya.



'Satu negara, dua sistem' ialah rangka kerja panduan buat Hong Kong di mana ia telah berkembang maju dalam peluang ekonomi daripada integrasi rapatnya dengan tanah besar China sambil mengekalkan prospek antarabangsa yang kukuh.



Kelebihan ini akan terus memberi manfaat kepada Hong Kong, dan akan menyediakan asas untuk melengkapi tanah besar China apabila keutamaan pada kedua-dua pihak berkembang.



Ketua eksekutif yang bakal dilantik, Encik John Lee, mempunyai mandat jelas untuk memimpin Hong Kong ke tahap pembangunan seterusnya.



Kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk terus mengukuhkan kerjasama dua hala, membina kemajuan yang dicapai dua pihak di bawah Cik Lam dan pendahulunya.



Dari segi ekonomi, saya percaya Singapura dan Hong Kong akan terus maju bersama dan menyumbang kepada kerancakan rantau kita.



Kita juga boleh berkongsi idea dan pengalaman untuk menangani isu penting kepada penduduk, mengukuhkan semangat kekitaan mereka dan memberi harapan buat masa depan - pendidikan bagi pekerjaan abad ke-21, rumah buat keluarga, bandar hijau dan mesra, kesihatan dan maruah buat warga emas kita.



Saya yakin bandar kita akan terus menjalin kerjasama saling menguntungkan dan mencipta peluang baru buat penduduk kita.



Teo Chee Hean ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara. Artikel ini kali pertama diterbitkan di 'South China Morning Post'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >