Struktur hebat pesonakan dunia
Jewel satu kejayaan kejuruteraan
May 20, 2019 | 05:30 AM
KUBAH Jewel yang berbentuk spheroid yang kini menjadi destinasi gaya hidup mewah baru untuk salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia merupakan satu kejayaan kejuruteraan dan kemampanannya.
Tarikan utama bangunan itu - Forest Valley, kebun dalam bangunan terbesar di Singapura dan Rain Vortex, iaitu air terjun dalam bangunan setinggi 40m yang menampilkan pertunjukan cahaya dan bunyi pada waktu malam - melestarikan kekaguman kejuruteraan dan arkitek.