Pada akhir tahun lalu, empat buku telah diharamkan di Singapura kerana dipercayai mengandungi bahan yang boleh menghambat keharmonian kaum di sini. Begitu juga, dua pendakwah asing telah diharamkan untuk memasuki Singapura tahun lalu. Kededua penceramah tersebut didapati menyebar ajaran yang dipercayai boleh memecahbelahkan masyarakat di sini.
Di seberang tambak pula dilaporkan kes dobi di Muar yang hanya memberikan layanan kepada pelanggan Muslim sahaja. Perkara yang sama juga dilaporkan wujud di sebuah dobi di Perlis di bahagian utara Malaysia. Dobi tersebut didapati mempunyai papan tanda tertera "Islamic Laundry Concept" dan notis "Pusat dobi layan diri ini khusus untuk orang Muslim sahaja".