Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PASARAN HALAL

Jualan produk kelapa Thai naik 15% dek sijil halal

May 05, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN menjual buah dan produk kelapa Thailand, syarikat pengilang Siam Coconut tidak keberatan mengambil pensijilan halal.



Ini disebabkan mereka mengenal pasti potensi pertumbuhannya sejak lima tahun lalu, kata Pengurus Besar dan pemilik Siam Coconut, Encik Kelvin Ngian.



Sejak memiliki pensijilan halal, syarikat itu menikmati peningkatan penjualan sekitar 15 peratus.



Lebih penting lagi, kata Encik Ngian, 35 tahun, pensijilan halal akan membuka laluan bagi syarikat itu meneroka pasaran majoriti Muslim seperti Malaysia dan Timur Tengah.



Perniagaan keluarga Encik Ngian itu diasaskan 18 tahun lalu.



Syarikat bertapak dengan menjual kelapa Thailand kepada pelanggan seperti restoran, hotel dan kafe. Kini, produk yang ditawarkan telah diluaskan kepada produk lain seperti sos ikan dan pes.



Apabila bekas pegawai bank itu menyertai perniagaan keluarga sekitar tujuh tahun lalu, beliau meluaskan barisan produk syarikat.



Antara lain, beliau memperkenal air kelapa di bawah jenama Cocoloco.



Beliau turut memerhatikan bahawa terdapat 'ledakan' produk air kelapa dalam pasaran. Namun, beliau tidak berpuas hati dengan mutu yang ditawarkan.



Menjelaskan lebih lanjut tentang pengalamannya ketika ditemui di pameran Superfood Asia 2019 baru-baru ini, beliau berkata:



"Pihak kami menerima permohonan produk halal daripada pelanggan, terutama dari hotel sekitar lima tahun lalu.



"Daripada situ, kami sudah melihat trend halal berkembang dalam kalangan pelanggan.



"Meskipun kami menjual buah-buahan dan produk buah, kami rasakan ini pelaburan berbaloi.



"Akhirnya, kami mahu memberikan jaminan ketenangan minda kepada pelanggan, di samping memanfaatkan pasaran lebih luas."



Sekitar 90 peratus daripada lebih 50 produk Siam Coconut disahkan halal.



Mengenai rancangan selanjutnya, beliau berkata syarikatnya merancang mendapatkan sijil halal bagi semua produknya pada masa depan.



"Disebabkan produk kami berdasarkan bahan semula jadi dan buah-buahan, maka sebenarnya mudah mendapatkan sijil halal.



"Lebih penting lagi, ini akan membolehkan kami menerokai pasaran yang memiliki penduduk majoriti Islam, khususnya Malaysia dan Timur Tengah.



"Di dalam negara pula, kami berharap mahu bekerjasama dengan lebih banyak kafe dan restoran halal," ujarnya.



Dalam pada itu, sejak mengambil alih perniagaan keluarga, beliau giat memperkenal banyak teknologi baru.



Ini termasuk sistem pemprosesan air kelapa tidak menggunakan bahan kimia atau haba bagi memastikan mutu dan rasa air kelapa tidak terjejas.



Hasil teknologi digunakan, air kelapa dalam botol Cocoloco lama-kelamaan akan bertukar warna daripada putih kepada merah jambu dek sifat semulajadi air kelapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >