PANDANGAN
Jumlah Persaraan CPF: Pilihan lebih rendah bukan untuk semua
Mar 02, 2015 | 11:28 AM
MULAI tahun depan, kita boleh pilih jumlah yang hendak diketepikan dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi persaraan apabila kita berumur 55 tahun.
Hendak ketepikan $241,500 (Jumlah Persaraan Dipertingkat) dan $161,000 (Jumlah Persaraan Penuh) boleh. Nak ketepikan cuma $80,500 (Jumlah Persaraan Asas) pun boleh, selagi kita ada rumah.