INISIATIF sekumpulan asatizah dan ulama membentuk Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) bagi membantu memberi kaunseling kepada tahanan Jemaah Islamiyah (JI) amat dihargai pemerintah.
Ini kerana pemerintah sedar meskipun ia mampu menangkap anggota JI dan mematahkan rancangan serangan ganas kumpulan itu, ia tidak berupaya menangani ideologi radikal yang telah sebati dalam jiwa anggota kumpulan tersebut.