SEBUAH karnival amal anjuran bersama Masjid An-Nahdhah, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Bishan-Toa Payoh dan Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA) telah diadakan di Bishan Active Park hujung minggu lalu.
Karnival amal yang berlangsung di Bishan Street 23 dari 9 pagi hingga 10 malam itu turut disokong Majlis Penyelaras Kumpulan-Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan Persatuan Kriket Singapura.