SATU laporan global mengenai penyakit barah yang disiapkan Agensi Antarabangsa bagi Kajian mengenai Barah (IARC) sempena Hari Barah Sedunia 2014 pada 4 Februari lalu membentangkan beberapa dapatan yang membimbangkan.
Paling utama ialah jangkaan bahawa penyakit tersebut bakal meledak menjadi penyakit pembunuh utama yang paling pesat meningkat di seluruh dunia.