Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

FORUM

Kes Zulfikar papar betapa terdedahnya masyarakat pada fahaman radikal

Aug 03, 2016 | 05:30 AM



MERUJUK kepada laporan bertajuk 'Zulfikar Shariff ditahan bawah ISA' (Berita Harian, 30 Julai 2016) mengenai satu lagi penahanan warga Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bagi saya penahanan terbaru ini mengingatkan kita betapa terdedahnya masyarakat terhadap fahaman radikal.



Fahaman ini dapat mengelirukan dan akhirnya menjerumuskan kita ke pemikiran ekstrem dan mungkin pengganasan.



Ancaman ini lebih membahayakan lagi dengan adanya media sosial di mana informasi yang radikal dan palsu dapat disebarkan secara meluas dan pantas.



Perkataan 'jihad' sering dikaitkan dalam fahaman radikal ini.



Dalam Islam sendiri, perkataan 'jihad' disebut dalam Al-Quran yang membawa erti 'berjuang'.



'Jihad', sebagaimana yang diperintahkan dalam Islam, bukanlah tentang membunuh atau dibunuh tetapi tentang bagaimana kita sebagai umat Islam harus berjuang keras untuk memperolehi keredaan Ilahi, baik secara individu mahupun secara kolektif.



Jihad ini merupakan satu hal yang sangat penting bagi kemajuan rohani.



Jihad sama sekali tidak bererti kita selalu dalam keadaan siap untuk berperang kerana dengan jelas ini bertentangan dengan erti Islam itu sendiri yang bermakna kedamaian serta harmoni antara sesama insan.



Propaganda fahaman radikal tidak hanya terbatas pada sekelompok individu tetapi sudah mulai dicuba untuk mempengaruhi golongan berpendidikan dan generasi muda.



Dalam riwayat hidup Rasulullah saw pula tidak pernah dimulai dengan peperangan.



Pendekatan yang diajar Rasulullah adalah dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.



Ini jelas. Perintah pertama yang diberikan kepada Rasulullah adalah Bacalah dan bukan Perang!



'Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang telah menciptakan; menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah! Dia Tuhan engkau adalah maha mulia; yangmengajar dengan pena; mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.' - (Surah Al-Alaq: 1-5)



Jelas sekali ini menunjukkan Rasulullah diperintah Allah swt agar menyebarkan ajaran Islam, baik secara lisan mahupun tulisan dan bukan dengan kekerasan.



Pada saat haji perpisahan, Rasulullah saw dalam penutupan Khutbah Perpisahan menyatakan:



"Seperti halnya bulan ini suci, tanah ini tanah suci dan hari ini hari suci, demikian pula halnya Tuhan telah menjadikan jiwa, harta benda dan kehormatan tiap-tiap orang juga suci. Merampas jiwa seseorang atau harta bendanya atau menyerang kehormatannya adalah tidak adil dan salah, sama halnya seperti menodai kesucian hari ini, bulan ini dan daerah ini."



Rasulullah juga menegaskan:



"Apa-apa yang telah kukatakan kepada kalian, sampaikanlah ke pelosok-pelosok dunia. Mudah- mudahan mereka yang tidak mendengarku sekarang akan mendapatkan faedah lebih daripada mereka yang telah mendengarnya." - (Riwayat Sihah Sitta, Tabari, Hisyam dan Khamis).



Rasulullah pernah mengingatkan bahawa umat Islam di akhir zaman, terutama mereka yang mengakui diri mereka sebagai pemimpin dan pejuang ummah, akan jauh sekali daripada hakikat Islam sebenar.



Para pemimpin ini akan menyesatkan golongan muda Islam yang sebenarnya memiliki kecerdasan berfikir.



Para pemimpin ini mendidik dan mengindoktrinasi mereka bahawa jika mereka menyerahkan nyawa mereka dalam apa yang mereka katakan sebagai jalan Islam, maka mereka ini akan langsung dimasukkan ke syurga sebagai syuhada.



Ternyata, pembohongan ini sangat bermaharajalela sekarang.



Terorisme dalam abad moden ini sama sekali bertentangan dengan visi dan pentafsiran tentang erti jihad sejati.



Generasi kita dan anak muda kita perlu dilengkapi dengan ilmu dan memahami serta mendalami nilai Islam sebenar.



IRZAN KHAN AHMAD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >