BULAN Bahasa tahun ini dijangka dapat menarik penyertaan dan kehadiran lebih ramai anggota masyarakat Melayu - melebihi 10,800 orang yang dicatatkan tahun lalu.
Ini memandangkan sebahagian besar acara atau kegiatan kebahasaan akan diadakan di estet kejiranan dan dipastikan memenuhi keperluan khalayak daripada pelbagai peringkat umur - daripada kanak-kanak, pelajar, belia, karyawan dan warga emas.