Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Kurang gula, mungkin dapat kurangkan risiko barah

WHO syor agar kurangkan ambil gula setiap hari kepada kurang 10% daripada jumlah pengambilan tenaga
Jul 16, 2019 | 05:30 AM



LONDON: Mereka yang meminum air mengandungi banyak gula dikatakan lebih berisiko menghidapi barah.



Bagaimanapun, sejauh ini golongan penyelidik masih belum memperolehi bukti jelas hubung kait antara kedua-duanya.



Hasil dapatan satu kajian besar-besaran di Perancis mencadangkan usaha mengehadkan minuman bergula yang mungkin boleh membantu mengurangkan bilangan kes barah dalam kalangan penduduk, kata saintis.



Pengambilan minuman manis telah meningkat di seluruh dunia sejak beberapa dekad lalu.



Amalan itu dikaitkan dengan masalah kegemukan yang sekali gus merupakan faktor yang menambah risiko barah.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar orang ramai mengurangkan pengambilan gula setiap hari kepada kurang daripada 10 peratus daripada jumlah pengambilan tenaga mereka.



Namun, WHO juga menyatakan bahawa pengurangan di bawah paras 5 peratus atau kira-kira 25 gram sehari adalah lebih menyihatkan.



Banyak negara termasuk Britain, Belgium, Perancis, Hungary, Mexico dan Singapura telah memperkenalkan atau bakal memperkenalkan cukai ke atas gula.



Cukai itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.



Dapatan yang terbit dalam jurnal perubatan British, The BMJ, itu mengkaji dan menganalisis data daripada 101,257 orang dewasa di Perancis.



Seramai 21 peratus daripada mereka adalah lelaki sementara 79 peratus pula adalah wanita.



Kajian itu menilai pengambilan minuman bergula mereka.



Melaluinya, peserta dipantau bagi tempoh maksimum sembilan tahun antara 2009 dengan tahun lalu bagi menilai risiko mereka pada semua jenis barah, khususnya bagi barah buah dada, kolon dan prostat.



Kalangan penyelidik menyesuaikan ia dengan mengambil kira beberapa faktor risiko barah.



Ia termasuk usia, jantina, tahap pendidikan, sejarah keluarga, sama ada seseorang itu merokok atau tidak dan tahap kegiatan fizikal.



Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertambahan 100 mililiter sehari dalam pengambilan minuman bergula dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 18 peratus bagi barah secara menyeluruh dan 22 peratus pula bagi risiko barah buah dada.



Apabila peserta dibahagikan kepada dua kumpulan - mereka yang minum jus buah-buahan dan mereka yang minum minuman manis yang lain - kedua-duanya menunjukkan risiko lebih tinggi menghidapi barah secara keseluruhan.



Bagi barah prostat dan kolorektal, tiada hubung kait yang ditemui.



Kumpulan penyelidik bagaimanapun menambah ia mungkin disebabkan jumlah barah dalam kalangan peserta kajian agak terhad.



Pakar yang tidak terlibat secara langsung dalam kajian tersebut menyifatkan usaha itu sebagai dijalankan dengan baik.



Namun dalam masa yang sama, mereka turut sedar keputusannya tidak dapat menentukan kaitan sebab dan akibat.



Pakar pemakanan kesihatan awam, dari Universiti Teesside di Britain, Cik Amelia Lake, berkata:



"Walaupun kajian ini tidak menawarkan jawapan secara khusus kaitan antara gula dengan barah, ia bagaimanapun dapat memberikan gambaran lebih menyeluruh tentang pentingnya usaha terkini untuk mengurangkan pengambilan gula."



"Mesej daripada seluruh bukti yang ada berhubung pengambilan gula yang berlebihan dan kesannya ke atas kesihatan adalah jelas - mengurangkan pengambilan gula di dalam diet adalah amat penting." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >