Pilihan panel Editor
Langkah tepat naikkan usia persaraan pegawai seragam Home Team
Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel editor BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.
Mar 08, 2020 | 05:30 AM
LANGKAH untuk menaikkan usia persaraan pegawai seragam Home Team bertepatan dengan keperluan menjadikan Singapura lebih selamat dan aman.
Ia membolehkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) memanfaatkan pengalaman pegawai yang lebih senior dan membantu mereka mendapatkan kerjaya kedua yang lebih bermakna selepas persaraan.