Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Layanan adil bagi lelaki dan wanita kunci kecapi potensi masyarakat

Oct 13, 2020 | 05:30 AM



WANITA di Singapura menggalas pelbagai tanggungjawab di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat.



Kini, kita juga melihat ramai wanita lebih berpendidikan dan berkecimpung dalam bidang-bidang kerjaya yang mungkin dahulunya dilakukan hanya oleh kaum lelaki; misalnya bidang kejuruteraan dan sains.



Bahkan, Presiden kita seorang wanita daripada kaum minoriti.



Ini sememangnya sesuatu yang dapat dibanggakan.



Namun, sedang wanita di Singapura mempunyai akses kepada pendidikan dan pekerjaan, dan kita mempunyai perwakilan wanita dalam pucuk pimpinan, masih terdapat banyak ruang yang boleh kita perbaiki.



Contohnya, masih banyak boleh dilakukan untuk menyokong wanita kembali bekerja selepas melahirkan anak, merapatkan jurang pendapatan antara lelaki dan wanita, atau mengurangkan had atau halangan kepada wanita untuk mengambil kedudukan kepimpinan.



Sekiranya kita renungkan kehidupan harian seorang wanita dalam masyarakat kita, masih banyak cabaran yang dihadapinya yang dapat kita kurangkan.



Wanita masih perlu menjalankan tanggungjawab mengurus anak-anak dan hal dapur, walaupun beliau juga keluar bekerja.



Semasa saya memegang jawatan Timbalan Pendaftar di Mahkamah Syariah, saya ada mendengar suami menyebutkan tentang hak memukul isteri, seolah-olah tidak memahami prinsip agama kita yang sebenar.



Tidak lama dahulu, timbul isu tentang podcast yang mengandungi komen memperlekeh kaum wanita.



Mengapa semua ini masih berlaku dalam masyarakat sedangkan nilai agama dan budaya kita amat menitikberatkan kemaslahatan wanita?



Mengapakah kita masih ada stereotaip tertentu dalam masyarakat yang sepatutnya semakin progresif?



Wanita kita mendambakan sebuah masyarakat yang mengiktiraf kedudukan saksama wanita; memberi peluang dan juga penghormatan sewajarnya kepada wanita.



Ini bukanlah sekadar laungan untuk mendapatkan kelebihan semata. Sebuah masyarakat hanya dapat benar-benar mengecap potensi tenaga manusianya sekiranya semua orang, tidak kira jantina, mendapat layanan adil.



Tidakkah kita mahu anak-anak perempuan kita diberi penghormatan yang sepatutnya mereka terima?



Tidakkah kita mahu mereka mendapat peluang sama dan terus memberikan sumbangan bermakna kepada negara?



Untuk mencapai aspirasi ini, kita perlu mengupas dengan lebih mendalam isu-isu dalam masyarakat kita.



Pada 20 September, Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengumumkan satu semakan menyeluruh berkenaan isu melibatkan kaum wanita.



Saya, bersama Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, akan mengetuai semakan ini.



Bermula bulan ini, pemerintah akan menganjurkan satu siri 'Perbincangan tentang Pembangunan Wanita' untuk mengumpul maklum balas dan saranan orang ramai yang kemudiannya akan dikemukakan sebagai Kertas Putih di Parlimen.



Kertas Putih ini akan diikuti dengan satu pelan hala tuju bagi pembangunan wanita dalam masyarakat.



Usaha ini diharap dapat mencetus perbincangan mendalam dan membawa satu anjakan paradigma yang akan mendatangkan perubahan bermakna.



Sememangnya, usaha ini bukan mudah. Saya faham ada banyak pendapat berbeza.



Dalam kalangan kaum wanita sendiri mungkin ada berasa kurang selesa mengenai perubahan yang disaran.



Namun, ini adalah satu peluang untuk memperbaiki kehidupan masyarakat kita, membincangkan isu-isu rumit dan cuba mendapatkan penyelesaian.



Dalam perbincangan kita, kita boleh cuba memberikan pencerahan bagi isu-isu yang dihadapi wanita, mencapai persefahaman dan memperkasa masyarakat untuk terus meningkatkan diri.



Dalam usaha melakukan semua ini, adalah penting untuk mendapatkan seluruh masyarakat, lelaki dan wanita, sama-sama mengubah minda dan maju bersama.



Diharapkan dengan usaha ini kita dapat meninggalkan legasi kepada anak-anak kita, lelaki mahupun perempuan, sebuah masyarakat adil di mana mereka dapat mencapai segala impian dan aspirasi mereka.



  • Penulis Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan (MOH) dan Anggota Parlimen GRC Jurong. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Syariah dan terdedah kepada kerja relawan ketika bergiat dalam Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) sejak 1997. Sebelum ini, Cik Rahayu anggota lembaga Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), selain berkhidmat secara sukarela menerusi klinik guaman Darul Arqam Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >