Lebih 9,000 orang kunjungi WGS, tertarik dek aneka acara belia

Pelbagai acara merancakkan suasana di Wisma Geylang Serai (WGS) dari Khamis hingga hujung minggu lalu.

Lebih 9,000 orang berkunjung ke sana bagi Bazar Soul Eats Youth yang dianjurkan oleh En Niche bersama WGS untuk menyediakan pelbagai makanan hipster kegemaran ramai.

Gala Laga 2019 pula kembali lagi untuk menampilkan pemuzik muda berbakat.