MASALAH pengangkutan awam yang menjadi rungutan penduduk di Seberang Tambak dan pengunjung dari Singapura bakal berlalu apabila satu rangkaian bas transit pantas atau BRT yang disepadukan dengan Sistem Transit Pantas (RTS) dibangunkan di Wilayah Iskandar.
Buat permulaan RM500 juta ($194 juta) akan dibelanjakan untuk melaksanakan fasa pertama projek BRT yang bakal menyaksikan laluan khusus untuk bas disediakan di tiga laluan di koridor Wilayah Iskandar sepanjang 80 kilometer.