Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Masalah dadah terus belenggu masyarakat Melayu: Faishal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
0

Masalah dadah terus belenggu masyarakat Melayu: Faishal

Oct 26, 2021 | 05:30 AM

PENYALAHGUNAAN dadah masih terus membelenggu dan merantai masyarakat Melayu walaupun jumlah pesalah dadah Melayu yang diberkas terus berkurangan dari tahun ke tahun.

"Walaupun jumlah penyalahguna dadah Melayu semakin berkurangan sejak beberapa tahun ini, mereka masih membentuk hampir separuh dari keseluruhan pesalah dadah yang diberkas pada 2020.

"Ini adalah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam semalaman, tetapi kita mesti menangani masalah ini," terang Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Perangkaan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pada 2020 menunjukkan terdapat 4,646 pesalah dadah dalam penjara; 542 adalah tahanan reman; dan, 2,984 menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah (DRC).

Perangkaan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 2020 pula menunjukkan 3,056 pesalah dadah diberkas tahun itu, dengan 1,151 daripadanya adalah pesalah baru.

Walaupun jumlah penyalahguna dadah merosot 13 peratus berbanding 3,526 pada 2019, terdapat beberapa trend membimbangkan kata CNB, dengan pesalah dadah baru yang diberkas kekal tinggi pada kadar 38 peratus dan peratusan mereka di bawah usia 30 tahun yang diberkas adalah ketara, membentuk 62 peratus.

Dr Faishal berkata, penyalahguna dadah memerlukan sokongan untuk satu tempoh yang lama sebelum dapat mengatasi ketagihan mereka.

"Keluarga dan rakan-rakan perlu berada bersama-sama mereka untuk membentuk pengaruh positif yang penting dan sering berhubungan dengan individu ini. Individu ini kemudian boleh memenuhi masanya dengan menjauhi pengaruh negatif dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan jayanya.

"Penting juga untuk masyarakat secara meluas memberi sokongan kepada bekas banduan. Pemerintah akan terus bekerja rapat dengan rakan masyarakat dalam menyediakan program bersasar bagi mengurangkan lagi (peluang bekas banduan) untuk melakukan jenayah," katanya.

Dr Muhammad Faishal yang merupakan pengerusi bidang tumpuan kedua (FA2) dalam membantu keluarga dan individu berisiko di bawah rangkaian pendekatan sosial M Kuasa Tiga (M³) sejak 2020 turut mendedahkan, pihaknya telah bekerja aktif dengan agensi-agensi M³ bagi menyediakan sokongan menyeluruh untuk pesalah, bekas pesalah, serta keluarga mereka.

Salah satu bentuk kerjasama yang dilakukan adalah dengan 4PM di mana mereka menjalankan program pendekatan remaja, Youth Edge, dari kalangan keluarga pesalah, yang memastikan para belia ini terus didampingi dan para pembimbing memberi galakan positif.

Satu lagi merupakan program Keluarga Akrab yang dikendalikan Yayasan Mendaki bagi mewujudkan sistem sokongan untuk keluarga pesalah, terutamanya yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

"Program ini membantu keluarga menangani cabaran yang mereka hadapi disebabkan ketiadaan ahli keluarga yang menjalani hukuman penjara," kata Dr Faishal.


PENGARUH POSITIF DARI KELUARGA DAN RAKAN 

Keluarga dan rakan-rakan perlu berada bersama-sama mereka untuk membentuk pengaruh positif yang penting dan sering berhubungan dengan individu ini. Individu ini kemudian boleh memenuhi masanya dengan menjauhi pengaruh negatif dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dengan jayanya.

"Penting juga untuk masyarakat secara meluas memberi sokongan kepada bekas banduan. Pemerintah akan terus bekerja rapat dengan rakan masyarakat dalam menyediakan program bersasar bagi mengurangkan lagi (peluang bekas banduan) untuk melakukan jenayah.''
- Dr Faishal

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3