Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Masyarakat boleh bantu pekerja pembersih dapat bonus bulan ke-13

Dec 11, 2016 | 05:30 AM



SAYA ingat apabila saya mula menyertai pergerakan buruh dalam 2011, semasa pertemuan saya dengan anggota Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Perusahaan Kayu Balak (Batu) yang ramai daripada mereka merupakan pekerja pembersihan.



Saya terkejut apabila mendapati ramai daripada mereka berpendapatan $600 sebulan. Gaji tersebut sama dengan yang diraih ayah saya ketika beliau bekerja membersihkan jalan raya 30 tahun lalu.



Lebih menyedihkan, ramai daripada mereka menikmati faedah pekerjaan wajib yang minimum. Saya masih teringat rintihan mereka yang bertanya "Bolehkah kesatuan sekerja membantu kami?"



Saya macam tidak percaya bagaimana industri pembersihan boleh dalam keadaan sedemikian rupa. Ini adalah akibat perbuatan pembeli perkhidmatan yang mahukan sumber pekerja yang murah dan pemotongan harga oleh penyedia perkhidmatan. Kesemua itu adalah beberapa amalan tidak sihat dalam industri pembersihan.



NTUC, bersama sokongan dana daripada pemerintah, mendesak pembeli perkhidmatan mengamalkan "penyumberan terbaik" untuk meningkatkan produktiviti yang boleh membawa kepada gaji lebih baik kepada pekerja.



Malangnya, kemajuan agak perlahan dan sebenarnya terlalu perlahan dalam memberi kesan terhadap industri secara keseluruhannya. Ia ibarat cuba menggerakkan gunung dengan tangan kita!



Usaha tersebut menampakkan hasil dalam 2012 apabila Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC) menyarankan Model Gaji Progresif (PWM) yang diterajui NTUC bagi industri pembersihan. Dalam 2014, pekerja pembersihan menikmati kenaikan gaji yang tinggi.



Malah ada yang menikmatinya seawal 2012 kerana PWM diwajibkan oleh pemerintah.



PWM memastikan gaji pekerja pembersihan setimpal dengan kemahiran, produktiviti dan tanggungjawab. Ia juga boleh merangsang mereka menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran yang membawa kepada produktiviti lebih tinggi dan dengan itu membolehkan mereka meraih peningkatan gaji lebih tinggi.



Bagaimanapun, lebih banyak perlu dilakukan.



Bulan ini, saya menghadiri acara anjuran NTUC untuk menunjukkan penghargaan kepada pekerja pembersihan apabila salah seorang daripada mereka bertanya kepada saya: "Tuan, ramai pekerja pembersihan telah bekerja di tempat yang sama selama beberapa tahun tetapi, setiap kali kami diambil bekerja dengan majikan baru, cuti tahunan kami ditetapkan semula kepada tujuh hari dan gaji kami dikurangkan. Bolehkah anda melakukan sesuatu?"



Meskipun ramai pekerja mengharapkan gaji bulan ke-13 pada setiap Disember, hanya segelintir pekerja pembersihan yang diberi gaji tambahan itu. Ia agak menyayat hati untuk menerangkan mengapa mereka tidak mendapat bonus bulan ke-13.



Adalah lazim mereka turut tanyakan soalan mengapa mereka tidak menerima kenaikan gaji $60 di sebalik saranan oleh Majlis Gaji Kebangsaan (NWC). "Boleh anda tolong?" merupakan bagaimana perbualan dengan mereka berakhir.



"Satu soalan lazim ialah mengapa mereka tidak mendapat kenaikan $60 walaupun NWC telah menyarankannya.



PWM UNTUK PEKERJA PEMBERSIHAN KITA



Di sebalik memperjuangkan gaji lebih baik, kita perlu melindungi pekerja penyumberan luar kita untuk memastikan nasib mereka tidak lebih buruk semata-mata kerana majikan mereka bertukar. Terdapat keperluan untuk perubahan yang positif.



Industri pembersihan memerlukan satu lagi gelombang kejayaan bagi menangani harapan mereka menikmati kenaikan gaji tahunan dan bonus seperti pekerja yang lain.



Pihak TCC, selepas pelbagai perbincangan kumpulan fokus dan rundingan yang tidak terkira banyaknya, kini dalam peringkat akhir memuktamadkan isu kenaikan gaji tahunan dan pembayaran bonus tahunan.



Mungkin ada yang melihat saranan-saranan ini sebagai separuh langkah tetapi ia adalah separuh langkah yang besar.



Satu langkah penuh ke depan berlaku apabila pekerja pembersihan kita tidak seteruk bekerja di tempat atau bangunan yang sama walaupun penyedia perkhidmatan bertukar.



Siapa yang boleh membuat ini berlaku? Anda! Boleh ke?



Ya, kita boleh belajar daripada bagaimana ia dilakukan dalam industri pengangkutan awam.



Baru-baru ini, industri pengangkutan awam mahu dua pemain utama mengambil alih dan mengendalikan beberapa laluan. Terdapat campur tangan pemerintah, kesatuan sekerja dan pihak berkepentingan yang lain untuk melindungi pekerja. Ia jelas menunjukkan bahawa mana-mana pihak yang berminat mengemukakan tender perlu memenuhi tiga syarat:



Pertama, semua pekerja yang terlibat mesti ditawarkan pekerjaan oleh pihak pengendali kelak.



Kedua, pekerja yang terlibat mesti ditawarkan syarat-syarat pekerjaan yang tidak lebih teruk daripada apa yang mereka menikmati sebelum peralihan; dan



Ketiga, pekerja yang terlibat boleh memilih untuk menyertai pengendali baru, atau jika boleh, ditugaskan semula oleh majikan sekarang.



Jika syarat-syarat sedemikian atau jaminan boleh diberi kepada pekerja pembersihan apabila terdapat penukaran kontraktor, ia akan menjadi satu langkah penuh gergasi ke depan untuk kebajikan para pekerja pembersihan!



Apakah mudah melakukan ini?



Sudah tentu tidak! Pembeli perkhidmatan perlu bersedia untuk membayar kos yang lebih tinggi, pengguna akhirnya mungkin berakhir dengan membayar lebih, penyedia perkhidmatan akan sukar mengekalkan pekerja yang baik jika mereka kehilangan kontrak, dan senarainya berterusan.



Tetapi ini akan menjadi satu perubahan positif yang akan mempunyai kesan besar terhadap kumpulan pekerja sedemikian.



Kita semua boleh memainkan peranan membantu mereka. Sebagai sebuah masyarakat, jika kita mahu pekerja pembersihan kita meraih gaji yang tinggi untuk meniti kehidupan yang lebih baik, saya menyeru semua industri yang berkepentingan agar mendengar suara hati mereka dan melakukan perkara yang betul.



Bolehkah kita membantu mereka?



  • Penulis Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol yang juga Penolong Setiausaha Agung NTUC dan Pengerusi Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >