Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Masyarakat punya peranan tangani isu keganasan keluarga

Sep 25, 2018 | 05:30 AM



BARU-BARU ini, saya hadiri satu persidangan anjuran Rumah Wanita Casa Raudha mengenai keganasan rumah tangga.



Ini mencetuskan satu siri sinopsis yang ingin saya ketengahkan di sini.



Sebagai seorang kanak-kanak, saya sering mendengar pepatah orang-orang tua "Jangan masuk campur hal orang lain".



Bagi mereka, menolak rasa ingin tahu kanak-kanak dengan memberitahu mereka supaya jangan jaga tepi kain orang adalah lebih mudah daripada melibatkan mereka dengan urusan orang lain.



Saya selalu merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan nasihat sebegini. Meskipun kita mahu memastikan anak kita selamat dan terhindar daripada orang yang tidak dikenali, kita juga mahu mereka menjadi baik, berhati perut dan mempunyai perasaan ihsan.



Daripada memberitahu anak kita supaya tutup mata terhadap masalah orang lain, kita perlu mengajar mereka supaya buka mulut jika ternampak perbuatan salah laku sejak kecil.



Ini penting lebih-lebih lagi sekarang ini kerana saya lihat dan dengar kes keganasan rumah tangga. Semuanya berlaku di belakang pintu tertutup.



Dan yang paling menyayat hati saya ialah apabila ia melibatkan kanak-kanak dan anggota keluarga yang terdedah kepada bahaya tersebut dan tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri.



PENDERAAN MENYAKITKAN



Malangnya, sesetengah kanak-kanak menjadi mangsa perbuatan orang yang sepatutnya memberi mereka kasih sayang dan perlindungan - ibu bapa dan anggota keluarga mereka.



Keganasan yang dilakukan berupa penderaan secara fizikal, pengabaian atau penderaan seksual, yang bukan saja mengakibatkan kecederaan tetapi juga menjejas emosi dan/atau psikologi kanak-kanak.



Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut menampilkan kadar kognitif yang lebih tinggi dan keadaan psikologi dan emosi yang mencabar.



Dalam beberapa kes, kita melihat generasi keluarga yang membesar dengan penderaan. Dan lingkaran itu terus berputar.



Baru-baru ini, rakan-rakan saya berkongsi dengan saya cerita sedih seorang wanita bernama Lydia (bukan nama sebenar), ibu yang begitu menyayangi anak kecilnya.



Lydia yang menjadi mangsa penderaan suaminya, terpaksa melarikan diri ke rumah perlindungan bersama anaknya itu.



Mereka tinggal di sana selama beberapa bulan, di mana beliau mendapat pekerjaan yang stabil dengan bantuan rumah perlindungan berkenaan.



Anaknya juga menyertai program sokongan bagi menangani trauma yang dialaminya akibat terdedah kepada keganasan keluarga.



Meskipun pada permukaaanya keadaan mereka sudah mula menjanjikan harapan, namun kehidupan mereka jauh daripada sempurna.



Lydia telah memfailkan perceraian dan mendapatkan hak penjagaan anaknya, tetapi suaminya terus mengganggu mereka.



Bagi Lydia dan anaknya, bekas luka emosi mereka berterusan, lama selepas luka fizikal telah terubat.



Masalah yang melanda Lydia mungkin sudah berlalu berbanding dengan ramai mangsa penderaan.



Namun terdapat beberapa mangsa kembali kepada pendera, kadang-kadang bersama anak mereka.



Ramai daripada kita tidak faham mengapa mangsa masih sanggup menjalin hubungan yang menyakitkan hati mereka.



Alasannya, saya dimaklumkan rakan khidmat sosial saya, banyak dan berbeza sebabnya.



Ada yang percaya bahawa pendera boleh berubah.



Ada yang melakukannya bagi memastikan hubungan anak dengan kedua ibu bapa tidak putus.



Ada yang merasa bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang menyumbang kepada masalah penderaan. Ada yang tidak tahu pilihan lain.



Tetapi apa yang saya pelajari juga, ada sesuatu yang disebut "lingkaran keganasan". Ia bermula dengan fasa pertama - di mana ketegangan mula muncul. Fasa kedua menyaksikan ledakan krisis. Fasa ketiga adalah apa yang melemahkan kebanyakan mangsa - fasa berbulan madu. Ia adalah ketika pendera kononnya mahu bertaubat.



Pendera cuba memujuk rayu dan meminta maaf. Pendera memberi jaminan kepada mangsa bahawa apa yang terjadi hanyalah sekali dan tidak mungkin berulang. Mangsa berlembut, memaafkan dan cuba melupakannya. Tetapi ketegangan kembali semula.



Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu akur bahawa tiada sesiapa yang seharusnya didera. Kejadian penuh tragik dan lingkaraan keganasan perlu dihentikan.



Di Singapura, Sistem Rangkaian Keganasan Keluarga Kebangsaan menarik ramai rakan kongsi masyarakat bagi menangani isu keganasan keluarga secara kolektif. Kami mempunyai undang-undang, peruntukan kaunseling, tempat perlindungan krisis dan Pusat Pakar Keganasan Keluarga berasaskan komuniti dan Pusat Pakar Perlindungan Kanak-kanak.



Polis bekerja rapat dengan kementerian saya bagi menangani isu ini, bersama rakan kongsi daripada badan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan sosial.



Kita - sebagai jiran, rakan sekerja, rakan dan keluarga, apa yang boleh kita lakukan? Adakah kita hanya berdiri dan berpeluk tubuh? Apakah selepas kita melihat tanda tetapi tetap mengabaikannya?



Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hati nurani yang murni apabila kita melihat ke arah lain semata-mata kerana tidak mahu "masuk campur hal orang lain"?



Polis, pekerja sosial dan pendamping hanya boleh bertindak jika setiap daripada kita berwaspada dalam mengesan dan melaporkan perbuatan penderaan.



Kita semua boleh memainkan peranan, sebagai contoh hanya dengan mengetuk pintu jiran kita apabila kita melihat sesuatu yang tidak kena atau dengan mengetepikan masa kita untuk meringankan stres pihak pengasuh.



Langkah mudah ini mengingatkan semangat gotong-royong yang pernah wujud di Singapura. Marilah kita hidupkan semula semangat kampung ini yang boleh membantu mencegah masalah penderaan daripada terus berleluasa.



Apabila "orang lain" adalah jiran kita, rakan sekerja, sahabat dan anggota keluarga, tidak ada alasan untuk kita tutup mata.



Walaupun "orang lain" adalah orang asing bagi kita, kita mesti melakukan perkara yang betul.



Dan kita sedar "perkara yang betul" adalah "masuk campur" kerana jika tidak "orang lain" mungkin mati.



Terdapat banyak "Lydia" dalam kalangan kita.



Setiap tahun, hampir 3,000 mangsa keganasan keluarga mendapatkan perintah perlindungan di Mahkamah Keadilan Keluarga. Mungkin lebih ramai lagi yang takut tampil bagi mendapatkan pertolongan.



Marilah kita membantu mangsa dan keluarga mereka bagi memecahkan lingkaran penderaan dan pengabaian mereka dan lakukannya lebih awal. Marilah kita bertindak, hulurkan tangan dan pecahkan kesunyian terhadap keganasan keluarga - hari ini.



  • Penulis Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan).


"Marilah kita hidupkan semula semangat kampung ini yang boleh membantu mencegah masalah penderaan daripada terus berleluasa. Apabila "orang lain" adalah jiran kita, rakan sekerja, sahabat dan anggota keluarga, tidak ada alasan untuk kita tutup mata. Walaupun "orang lain" adalah orang asing bagi kita, kita mesti melakukan perkara yang betul. Dan kita sedar "perkara yang betul" adalah "masuk campur" kerana jika tidak "orang lain" mungkin mati."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >