Dua pemimpin Eropah hadapi tekanan

May menang undi tidak yakin, namun hadapi krisis pimpin Britain

LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, berjaya mengalahkan percubaan mengusirnya daripada kuasa, selepas majoriti Anggota Parlimen (AP) Parti Konservatif beliau mengesahkan keyakinan mereka pada kepimpinannya.

Beliau menang 200 undi yakin berbanding 117 tidak yakin daripada AP Konservatif dalam undian keyakinan dalaman yang dilancarkan ke atasnya Rabu lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan