Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Wacana

Melestari bahasa, identiti bangsa

AHAD, 1 SEPTEMBER 2019
Sep 01, 2019 | 05:30 AM

IDENTITI bangsa terletak pada budaya dan bahasanya. Orang Melayu bukan sahaja mesti tahu malah berusaha mengekal dan menyemarakkan budaya dan bahasa Melayu, sama seperti orang Cina, India dan kaum lain yang juga harus tahu budaya dan bahasa ibunda masing-masing. Kesungguhan melestarikan bahasa Melayu ini harus lebih terserlah bulan ini sempena Bulan Bahasa yang akan dilancarkan Sabtu ini. Ia harus dirai dan bahasa Melayu mesti nampak 'hidup' di serata tempat - di sekolah, di rumah dan di tempat-tempat awam.

Pelestarian bahasa Melayu sama sekali tidak bermakna kita mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris yang kelihatan sudah mengambil alih peranan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Masyarakat Singapura menerima hakikat dan realiti bahawa bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara kerana keperluan pendidikan, pekerjaan, perhubungan, ekonomi, pentadbiran dan pelbagai aspek kehidupan. Keperluan dan penguasaan bahasa Inggeris begitu dipentingkan sehingga ia menjadi cabaran dan penyebab terhakisnya penggunaan dan penguasaan bahasa ibunda masyarakat majmuk Singapura. Semakin anak meningkat dewasa, peluang bertutur dalam bahasa ibunda berkurangan, terutama setelah memasuki alam pekerjaan. Anak-anak muda juga lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris dengan sebahagian kekok menggunakan bahasa ibunda. Masyarakat Melayu tidak terkecuali.

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian