Topik diikuti
Pergi ke BHkuMembangun tenaga kerja berteras warga
Lidah Pengarang
Membangun tenaga kerja berteras warga
LANGKAH menaikkan jumlah gaji minimum bagi karyawan dari negara asing untuk layak bekerja di sini adalah langkah tepat, yang akan mendorong firma menggandakan usaha menggajikan pekerja setempat. Ia juga adalah petanda jelas mengenai hasrat pemerintah meletakkan penanda aras yang lebih tinggi bagi menggalak pengambilan pekerja secara lebih saksama.
Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, Khamis lalu mengumumkan gaji kelayakan minimum bagi pemegang Pas Pekerjaan (EP) akan dinaikkan kepada $4,500, daripada $3,900, untuk semua pemohon baru mulai 1 September. Jumlah kelayakan itu lebih tinggi bagi sektor sektor perkhidmatan kewangan. Mulai 1 Disember, tuntutan gaji bagi sektor itu akan dinaikkan kepada $5,000. Ini adalah kali pertama MOM menetapkan gaji kelayakan lebih tinggi bagi sektor tertentu.