Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Membiasakan yang belum/kurang biasa

Mar 19, 2020 | 09:44 PM



BEBERAPA langkah yang dibuat dalam rangka menangani ancaman Covid-19 yang secara langsung berkaitan dengan masyarakat Melayu Islam menimbulkan bermacam reaksi.


Antaranya ialah penutupan masjid yang dilanjutkan kepada dua minggu sehingga 26 Mac ini, menyebabkan Muslimin Singapura tidak dapat mendirikan solat Jumaat sebanyak dua kali berturut-turut.


Satu lagi ialah keputusan mentiadakan bazar Ramadan/Hari Raya di Wisma Geylang Serai (WGS), Our Tampines Hub (OTH) dan bazar utara di Woodlands.


Tujuan ialah mengelakkan perhimpunan ramai demi menjaga kemaslahatan masyarakat sebagai langkah mengelak terjangkit koronavirus.


Penutupan masjid menimbulkan rasa pilu kerana pertama dalam sejarah masjid ditutup dan solat Jumaat tidak dapat dilakukan.


Ketiadaan bazar pula, menurut reaksi sebahagian orang, mungkin membuat sambutan Ramadan/Hari Raya terasa sepi berbanding tahun-tahun sudah.


Namun, rata-rata masyarakat menerima hakikat dan sebab langkah ini diambil.


Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menyatakan ia adalah langkah sukar tetapi bertanggungjawab.


Dan banyak lagi perkara yang selama ini menjadi kelaziman perlu diubah suai di tengah-tengah ancaman virus -- membiasakan perkara yang belum biasa atau kurang biasa.


Berhubung masjid misalnya, selain solat Jumaat, solat waktu berjemaah dan kegiatan lain juga tidak diadakan.


Jika keadaan tidak menampakkan kemungkinan reda, jangan terperanjat jika kebiasaan dalam Ramadan yang bakal menjelang ikut terjejas -- seperti tidak dapat iftar dan tarawih bersama.


Namun itu tidak bermakna kegiatan dan amalan agama harus berkurang.


Tarawih misalnya wajar diteruskan sendirian atau bersama keluarga di rumah.


Usaha menimba ilmu agama pada hari-hari biasa juga tidak harus terhenti.


Terdapat banyak wadah yang membolehkan kita terus menggali nasihat dan ilmu agama seperti menerusi podcast ‘Cakap Masjid’ terbitan BH/BM yang mengetengahkan asatizah setempat membincangkan isu-isu sosio-agama; mendapatkan nasihat agama mingguan menerusi Khutbah online daripada laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); melungsuri pelbagai facebook dan laman, termasuk Muis, bagi mendapat perkongsian ilmu seperti video #MuftiTalk dan ceramah oleh ramai asatizah.


Dalam pada itu, satu perkongsian di media sosial menjadi peringatan: apabila masjid tutup awak bising, apabila dibuka awak missing (hilang). Semoga tidak begitu.


Ketiadaan bazar pula mungkin menjejas suasana sambutan.


Namun, bazar besar-besaran dan di banyak tempat adalah kebiasaan yang hanya diadakan beberapa tahun kebelakangan.


Lama sebelum ini tidak ada bazar di Woodlands dan Tampines.


Seri Ramadan dan Hari Raya tidak harus dikaitkan dengan bazar.


Kesyahduan Ramadan adalah pada amalan puasa, tarawihnya, tadarusnya, pada zakat fitrahnya dan semangat membantu yang lain.


Indahnya Hari Raya adalah pada solat Hari Rayanya, pertemuan dan kunjungan keluarga dan taulan, sambil bermaaf-maafan, diseri dengan juadah dan pakaian baru.


Pakaian baru dan bahan membuat juadah masih boleh dibeli di pusat beli-belah dan pasar raya dan secara online, tiada masalah.


Pendeknya, yang menyemarakkan Ramadan dan Hari Raya adalah orangnya, bukan bazarnya.


Di samping penutupan masjid dan ketiadaan bazar, banyak lagi perkara yang sebelum ini tidak biasa atau kurang dilakukan, harus dibiasakan.


Antaranya:

* Sentiasa menjaga kebersihan diri, termasuk amalan kerap mencuci tangan.

* Mengukur suhu badan sebelum hadir atau semasa di tempat keramaian, seperti majlis kahwin, kalau boleh secara harian (terutama di tempat kerja yang ada ramai pekerja).

* Mengecilkan majlis keramaian (termasuk walimah) bagi mudah mengawal kesihatan.

* Membiasakan salammufti -- bersalam tanpa berjabat tangan dengan sekadar meletak tangan di dada.

* Ikut nasihat Muis seperti membawa sejadah atau alas muka ketika ke masjid.

* Tutup mula ketika batuk dan bersin, bertemu doktor apabila sakit dan mengasingan diri daripada orang ramai.

* Sentiasa membawa kertas tisu dan sapu tangan. Kalau boleh, bawa sanitiser saku dan pelitup supaya dipakai apabila perlu.

* Mengamalkan jarak sosial: mengurangkan pertemuan sosial yang tidak perlu, duduk berjauhan semasa bermesyuarat, dan sebagainya bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Namun, jauh di mata, dekat di hati.

* Melakukan kerja dari rumah, dan membiasakan dengan persidangan menerusi video.

* Kalau boleh, rekodkan (sekurang-kurangnya ingat) dengan siapa kita jumpa dan di mana (sepanjang dua minggu) bagi memudahkan langkah mengesan kontek (contact-tracing), sekiranya terkena jangkitan.

* Menangguhkan perjalanan atau percutian ke luar negara, dan mengganti dengan cuti dalam negara.

* Tidak cepat melatah terhadap keputusan yang diambil oleh pihak berwewenang, cuba memahami dan beri kerjasama (seperti dalam langkah menutup masjid), dan berkongsi perkara yang benar-benar sahih sahaja -- cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

* Memainkan peranan tidak memburukkan keadaan.

* Simpan duit ketika senang supaya tidak menghadapi masalah ketika keadaan sukar (menghadapi masalah pekerjaan atau perniagaan terjejas)

* Tanam semula minat membaca (supaya masa ‘berkurung’ di rumah dapat diisi masa dengan lebih bermakna, daripada setakat menonton televisyen dan dan membelek telefon bijak.

* Memanfaat peluang menelaah Al-Quran, menikmati keindahan dalam negara dan merapatkan hubungan dengan anggota keluarga

* Menggantikan kelaziman beli-belah (sehingga berlebihan) dan membeli perkara yang diperlukan sahaja secara online.


Ini adalah antara usaha mengelakkan diri daripada jangkitan, sebelum bertawakkal.


Hakitatnya, apabila ada orang yang disayangi terjangkit, hubungan akan terjejas.


Lebih pilu lagi jika berlaku kematian bersebab Covid-19.


Semoga dijauhkan.


Maka itu, kita perlu membuat penyesuaian apabila keadaan memerlukan.


Perkara yang belum biasa atau kurang biasa harus cuba dibiasakan sehingga menjadi kelaziman.


Cuma apabila keadaan kembali asal, apakah kebiasaan baru akan dikekalkan atau ditinggalkan?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >