Membongkar erti jati diri orang Jawa
Pameran Pusaka - Warisan dan Budaya Jawa di Taman Warisan Melayu Singapura dari 29 Mei hingga 28 Ogos, memang sarat dengan lambang, terutama perihal jati diri. MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg) melaporkan.
Jul 18, 2016 | 05:30 AM
BAGI masyarakat rumpun Melayu, erti 'pusaka' seiras dengan harta wasiat, warisan, peninggalan dan tinggalan yang bersifat zahir atau kebendaan.
Namun, bagi orang Jawa, pusaka memiliki makna yang luas termasuk metafizika iaitu bukan saja dalam bentuk luaran atau zahir, tetapi dalaman atau batin yang mengaitkan leluhur (nenek moyang) sehingga ke akhir zaman.