Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Lidah Pengarang

Mengimbangi keperluan pekerja setempat dan dasar keterbukaan ekonomi

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



PERBAHASAN di Parlimen baru-baru ini mengenai usaha melindungi pekerjaan bagi warga Singapura dan dasar pekerja asing mendedahkan perlunya mendekati isu tersebut dengan pertama sekali menyentuh hati naluri warga berkaitan kebimbangan mereka, sebelum mula memberikan rasional kepada minda untuk memahami keadaan.



Tiada sesiapa yang dapat menafikan, keterbukaan Singapura kepada bakat asing telah memacu kemakmuran negara ini sepanjang beberapa dekad lalu, dan manfaatnya dinikmati rakyat secara meluas.



Antara lain, seperti yang digariskan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong di Parlimen awal minggu lalu, pada 1995, gaji median penduduk setempat kurang daripada $2,000 berbanding sekitar $4,500 hari ini.



Dasar keterbukaan itu juga tidak hanya mengambil kira manfaat ekonomi.



Menyedari akan keresahan warga, pemerintah juga telah memperkenalkan beberapa perubahan penting kepada dasar pekerja asing.



Antaranya, pemerintah telah memperketat kriteria pengambilan pekerja warga asing meliputi hampir kesemua pas-pas pekerjaan, memperkenalkan rangka kerja pertimbangan adil bagi memastikan majikan memberikan pertimbangan sewajarnya untuk mengambil pekerja setempat dan lain-lain lagi termasuk langkah memperkenalkan undang-undang anti-diskriminasi di tempat kerja.



Meskipun demikian, masih ada persepsi bahawa pemerintah kurang memahami keprihatinan rakyat mengenai warga asing yang mengambil pekerjaan mereka.



Puncanya ialah realiti kehidupan seseorang itu adakalanya berbeza dengan realiti sebenar. Realiti kehidupan sebahagian besar warga ialah keadaan kini semakin baik bagi warga Singapura dan anak-anak kita.



Seperti yang dikatakan Encik Wong, anak-anak kita kini menikmati manfaat kemakmuran ekonomi.



Masalahnya ialah apabila sesetengah pekerja setempat merasakan realiti kehidupan mereka tidak sama dengan kisah-kisah kejayaan dan kemakmuran yang ditonjolkan.



Memburukkan lagi keadaan ialah apabila mereka merasakan, realiti sebenar yang diketengahkan memperkecilkan realiti kehidupan mereka, yang dipenuhi dengan kebimbangan mengenai keselamatan pekerjaan dan pergelutan mencari rezeki hari demi hari.



Hakikatnya, realiti kehidupan yang dialami sesetengah pekerja ini difahami dan dihargai para pemimpin negara, dan langkah-langkah sudah pun diambil untuk menanganinya.



Anggota Parlimen daripada gerakan buruh contohnya telah lama memperjuangkan pekerja-pekerja berkemahiran rendah, dengan memberi usul bagi cara-cara untuk meningkatkan gaji pekerja bergaji rendah.



Di perbahasan Parlimen awal minggu lalu, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, juga berkata sedang sebahagian besar golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) setempat telah menikmati kemajuan dalam kerjaya mereka, namun pemerintah tidak mengabaikan pengalaman kehidupan golongan minoriti PMET yang tidak menikmati kemajuan yang sama.



“Pengalaman mereka juga adalah sesuatu yang sah (valid),” kata beliau.



Secara prinsip yang luas, Singapura berada pada landasan yang betul dalam cuba mengimbangi keperluan pekerja setempat dan dasar keterbukaan yang diperlukan bagi mengekalkan daya saing ekonomi negara.



Dengan dasar pemerintah mengawal dengan lebih ketat kemasukan pekerja asing serta inisiatif-inisiatif lain termasuk memperkasa kemahiran pekerja setempat, perbahasan pekerja setempat dan pekerja warga asing ini dijangka dapat diatasi dengan lebih baik dalam tahun-tahun akan datang.



Sehingga itu, pendekatan menyentuh hati naluri warga berkaitan kebimbangan mereka mengenai pekerjaan harus terus dipergiat.




Masalahnya ialah apabila sesetengah pekerja setempat merasakan realiti kehidupan mereka tidak sama dengan kisah-kisah kejayaan dan kemakmuran yang ditonjolkan.

Memburukkan lagi keadaan ialah apabila mereka merasakan, realiti sebenar yang diketengahkan memperkecilkan realiti kehidupan mereka, yang dipenuhi dengan kebimbangan mengenai keselamatan pekerjaan dan pergelutan mencari rezeki hari demi hari. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >