Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Mengurus planet bumi - perspektif seorang Muslim

Dec 05, 2021 | 05:30 AM



HANYA dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kita mula sedar bahawa kita sebenarnya memusnahkan diri kita sendiri dengan mengganggu atmosfera dan ekosistem Planet Bumi yang kita sayangi.



Khususnya pada tahun ini sahaja, kita menerima laporan berita yang menakutkan tentang bencana alam, seperti kebakaran hutan yang marak, banjir besar dan gempa bumi yang dahsyat di banyak bahagian dunia, apatah lagi bencana lain seperti tsunami, puting beliung dan gelombang panas.



Di tempat kejadian setiap malapetaka ini, pastinya mangsa akan sangat terkejut apabila melihat kekacauan yang berlaku di depan mata mereka - persekitaran mereka runtuh, orang dewasa dan kanak-kanak terperangkap dan menangis meminta tolong dan yang lain melarikan diri dalam ketakutan.



Penduduk Muslim yang terperangkap di tengah-tengah mana-mana malapetaka yang menakutkan ini, dan menyaksikan pemandangan bak neraka yang berlaku di hadapan mereka mungkin berfikir bahawa Hari Terakhir atau kiamat akhirnya telah tiba.



Al-Quran menggambarkan Hari Terakhir sebagai berikut:



* "Pada hari itu manusia seperti laron yang berterbangan, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan." (101:4-5) (laron: kelekatu)



* "Apabila lautan mendidih dengan ombak besar…" (81:6), dan



* "Apabila lautan dijadikan meluap..." (82:3)



Dalam bencana sebegini, bukan sahaja manusia mati atau cedera parah, malah harta benda dan alam sekitar serta kemudahan-kemudahannya musnah. Ternakan dan tanaman tidak terkecuali.



Namun, dalam Islam, bencana alam tidak dianggap sebagai hukuman kepada penduduk negara atau wilayah itu, tetapi adalah tindakan Tuhan untuk memberi amaran kepada manusia bahawa mereka merosakkan bumi.



Selalunya, kita mendengar pakar iklim, pada setiap bencana terbaru yang berlaku, berkata:



"Kejadian ini lebih teruk daripada sebelumnya dalam beberapa dekad."



Nah. Yang seterusnya mungkin lebih teruk, dan lebih besar seiring dengan perjalanan masa.



Kemudian, suatu hari nanti, ia mungkin benar-benar Hari Terakhir jika kita terus mengabaikan tanda-tanda amaran alam. Masa semakin suntuk.



Apa yang amat diperlukan sekarang ialah mencari penyelesaian pantas dan melaksanakannya dengan serius untuk meminimumkan kesan besar setiap bencana yang berlaku di mana-mana, satu demi satu, dengan terlalu kerap.



Al-Quran, merujuk kepada bencana alam, menyatakan:



"Dan Kami (Allah) akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kehilangan harta, jiwa dan hasil jerih payah kamu, tetapi berikanlah gembira kepada mereka, orang-orang yang tekun (mengerjakan kebaikan)." (2:155)



Sesungguhnya, dalam beberapa dekad yang lalu, pakar iklim dan pemimpin dunia telah gigih mencari jalan untuk memerangi bencana perubahan iklim yang semakin meningkat.



Sebagai contoh, dalam persidangan iklim COP26 yang baru tamat di Glasgow, Scotland, banyak isu telah dibangkitkan dan dibincangkan untuk penyelesaian.



Ia termasuk:



*Menghapuskan penggunaan arang batu secara berperingkat. Stesen janakuasa arang batu, contohnya, mengeluarkan karbon dioksida yang telah bertanggungjawab memanaskan planet.



Pemanasan global adalah punca perubahan iklim dengan kesan-kesan seperti ribut pemusnah yang lebih kerap dan kebakaran hutan yang lebih ganas yang berlaku di banyak negara.



*Menamatkan penebangan hutan. Hutan kita sedang dimusnahkan dengan pantas untuk kegunaan perniagaan dan pembangunan.



Penebangan pokok menyumbang kepada perubahan iklim. Hutan dan tumbuhan bukan sahaja penting untuk kelangsungan hidup manusia dan makhluk lain, malah ia sebenarnya bertindak sebagai span planet dalam menyerap gas pemanasan - karbon dioksida (CO2) - yang ditiup ke atmosfera. Menjaga pokok memperlahankan kadar pemanasan global, dan



*Melindungi tanah lembap. Dengan pokok bakau yang penting, tanah lembap melindungi orang ramai daripada peningkatan paras laut yang disebabkan oleh perubahan iklim. Tanah lembap mempunyai beberapa kelebihan, seperti menyerap karbon dari atmosfera dan, sumber invertebrata yang kaya, seperti cacing dan siput, dan menyediakan makanan, dan tempat tinggal, untuk burung yang berhijrah.



Al-Qur'an berbicara kepada semua orang di muka bumi:



"Wahai manusia, sesungguhnya Kami (Tuhan) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (49:13)



Walaupun manusia berbeza dari segi etnik, kepercayaan dan budaya, kita perlu bersatu dalam kemanusiaan dalam membina keamanan dan keharmonian sesama kita dan melakukan apa sahaja yang baik. Ini adalah kebenaran, yang merangkumi tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan semua makhluk yang hidup dan bumi itu sendiri.



Kebenaran juga termasuk penyertaan individu dalam inisiatif murni ke arah mengurangkan kesan perubahan iklim. Beberapa tindakan ini yang perlu dipatuhi oleh orang dewasa dan kanak-kanak ialah:



*Jangan buang bahan plastik merata-rata. Sebagai contoh, beg plastik, yang sering diberikan semasa kita membeli barang, tidak boleh dibuang ke dalam longkang atau ditinggalkan di pantai kerana plastik boleh merosakkan ekosistem laut;



*Jangan membazir elektrik, seperti dalam penggunaan hawa dingin. Matikan lampu dan penyaman udara di bilik anda atau bahagian lain di rumah apabila tidak digunakan kerana pelepasan daripada penyaman udara boleh membahayakan alam sekitar, dan



* Jangan membazir makanan, sama ada di rumah atau semasa makan di luar, kerana pembaziran makanan meninggalkan beban yang besar kepada alam sekitar.



Al-Quran mengatakan bahawa manusia adalah pemegang amanah (khalifah) di muka bumi ini.



Oleh itu, kita diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menguruskan bumi ini dengan cara yang terbaik, bukan sahaja untuk manusia, malah untuk semua hidup-hidupan lain, termasuk haiwan dan pokok, kerana masing-masing bergantung antara satu sama lain untuk kelangsungan hidup dengan cara yang sangat unik.



Sebagai contoh, dalam kebakaran hutan yang marak seperti yang berlaku di California baru-baru ini, banyak spesies haiwan, burung dan serangga mati dan ini boleh menjejas keseimbangan sistem bumi.



Hari ini, dunia sedang menyaksikan krisis alam sekitar yang dahsyat ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab dan kesilapan kita sendiri.



Kita mewujudkan masalah itu, jadi kita perlu membetulkannya dan tidak menyerahkannya kepada anak-anak kita untuk menanggung kesusahannya.



Pemimpin dunia dan pakar iklim pada mesyuarat perubahan iklim COP26 telah mengesahkan bahawa perubahan iklim adalah pantas dan semakin sengit.



Kini, setelah perbincangan selesai, negara-negara di seluruh dunia, tanpa mengira kepercayaan atau status rakyat mereka, perlu bersama-sama memulakan tindakan secara berkesan, ikrar yang dibuat dalam menangani bencana iklim global yang semakin teruk untuk menyelamatkan Planet Bumi.



Sememangnya, sejumlah besar wang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai projek yang dicadangkan pada sidang kemuncak COP26, tetapi menyelamatkan bumi adalah sesuatu yang nyata, daripada menembak roket ke angkasa lepas dan menghasilkan senjata api.



Perubahan iklim adalah situasi kecemasan bagi seluruh dunia, dan perlu ditangani dengan cepat dan berkesan. Oleh itu, negara maju perlu membantu negara membangun, jika tidak, menyesal sudah terlambat.



Kanak-kanak di seluruh dunia sedang menunggu kita menyelamatkan bumi untuk menyelamatkan mereka.




  • Penulis mantan guru dan telah menulis beberapa buku dalam bahasa Inggeris seperti 'Splendours of Islam, Inside Islam - 101 Questions and Answers' dan 'Islam Explained.')




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >