Merai 50 tahun Apollo 11 mendarat di Bulan
Kejayaan kekal hingga kini sebagai puncak penerokaan angkasa lepas oleh manusia
Jul 29, 2019 | 05:30 AM
PADA 20 Julai 1969 (21 Julai waktu Singapura), 600 juta orang di seluruh dunia menonton dengan perasaan teruja berbaur cemas Neil A. Armstrong dan Edwin E. 'Buzz' Aldrin Jr mengorak langkah pertama mereka, dan manusia, di permukaan Bulan.
Aldrin dan Armstrong menjadi dua manusia pertama meninggalkan jejak kaki di permukaan Bulan, menempa sejarah - dan meninggalkan kesan selama-lamanya di dunia - apabila mereka dengan berani meneroka melangkau Bumi.