PANDANGAN WARTAWAN
Mesin bijak boleh ambil alih tugas karyawan
May 03, 2016 | 05:30 AM
SAYA baca ulasan Encik Bernard Marr dalam laman majalah Forbes baru-baru ini yang menyenaraikan beberapa pekerjaan yang boleh menjadi obsolete atau usang akibat kemajuan teknologi data besar (big data), robot dan algoritma atau proses komputer yang boleh mengurangkan pekerjaan yang berulang-ulang.
Awalnya, saya sangka hanya pekerjaan jenis lembur atau kemahiran rendah sahaja boleh digantikan oleh robot, data besar dan algoritma.