Bagai putaran roda, ada turun dan ada naik. Tahun 2018 merupakan tahun yang penuh warna-warni untuk masyarakat perniagaan Melayu/Islam setempat, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, rombakan ekonomi domestik berterusan dan usaha pendigitalan yang meluas. Berita Harian menyorot antara berita menarik sepanjang tahun ini. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) dengan laporannya.
DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu/Islam Singapura (DPPMS) telah menganjurkan berbagai program untuk para anggotanya dan masyarakat peniaga umum sepanjang 2018.