PANDANGAN
Mungkin tak sehebat 'bajet pilihan raya' lalu, tapi kali ini manfaat lebih menyeluruh
Mar 04, 2015 | 05:30 AM
GOLONGAN berpendapatan sederhana atau mereka yang menggelar diri sebagai golongan tersepit berpeluang menarik nafas legas selepas Belanjawan tahun ini diumumkan.
Sebagai aktivis akar umbi saya sering mendengar keluhan daripada golongan tersebut - mereka yang berpendapatan sederhana namun tertekan dek kenaikan kos sara hidup, perbelanjaan anak dan ada juga yang mungkin perlu menyara ibu bapa yang sudah uzur.