Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Nak beli flat HDB? Kini banyak pilihan; pilih ikut kemampuan, kata Zaqy

Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara) bicara hal rumah dalam podcast #NoTapis Berita Harian
Feb 12, 2020 | 05:30 AM



PEMBELI flat HDB kali pertama kini mempunyai lebih banyak pilihan perumahan mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing.



Membuat perkongsian ini dalam episod terkini, podcast Berita Harian, #NoTapis, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamed, berkata pembeli flat kali pertama mampu membeli flat mengikut bajet mereka sendiri kerana harga flat berbeza mengikut jenis dan lokasi.



"Harga flat baru dan yang dijual semula di estet matang berbeza berbanding flat di estet kurang matang.



"Sebagai contoh, harga median flat jualan semula empat bilik di kawasan matang seperti Bishan ialah $561,000, manakala harga median flat empat bilik di Punggol ialah $460,000," ujarnya.



Dalam edisi khas #NoTapis: Cari Rumah, yang rakamannnya dibuat di My Nice Home Gallery Hab HDB, hos #NoTapis Shahida Sarhid dan personaliti Suhaimi Yusof mendapatkan pandangan Encik Zaqy tentang pilihan perumahan yang disediakan pemerintah bagi warga Singapura.



Bagi memastikan warga Singapura terus mampu memiliki rumah, pelbagai geran disediakan untuk pembeli membeli flat baik jenis Bina Ikut Tempahan (BTO) mahupun flat jualan semula, kata Encik Zaqy.



Pembeli flat kali pertama, misalnya, boleh memanfaatkan Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Dipertingkat, yang boleh digunakan untuk membeli semua jenis flat tanpa mengira lokasinya.



Mereka yang membeli flat jualan semula boleh juga mendapatkan Geran Perumahan CPF dan Geran Perumahan Berhampiran jika mereka memilih tinggal dekat ibu bapa mereka.



"Menerusi geran ini, pembeli flat kali pertama boleh menikmati lebih $80,000 dalam bentuk geran apabila membeli flat baru dan $160,000 apabila membeli flat jualan semula," ujar Encik Zaqy.



Beliau memberi contoh pasangan muda pembeli flat kali pertama yang ingin tinggal berhampiran ibu bapa mereka di Tampines.



Rumah empat bilik jualan semula yang ingin dibeli mereka berharga kira-kira $430,000.



Dengan Geran Perumahan CPF Dipertingkat, mereka boleh mendapat subsidi hingga $80,000. Di samping itu, Geran Perumahan CPF menyediakan subsidi hingga $50,000 bagi mereka.



Tambahan pula, Geran Perumahan Berhampiran menyediakan subsidi $20,000 kerana tinggal dekat ibu bapa mereka.



Secara keseluruhan, setelah menolak semua subsidi itu, pasangan tersebut hanya perlu membayar $280,000 bagi flat itu.



"Hasil langkah-langkah ini, kami berjaya memastikan kos perumahan awam kekal dimampui," kata Encik Zaqy.



Beliau juga menyebut tentang pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga dan ingin memulakan keluarga tanpa perlu menunggu lama bagi mendapatkan flat.



Encik Zaqy berkata pemerintah telah mengambil langkah untuk menangani isu ini dengan mengurangkan tempoh pengundian bagi mendapatkan flat BTO kepada tiga minggu sejak Mei tahun lalu.



Selain itu, sejak November 2018 sekitar 3,600 flat BTO dengan tempoh menunggu lebih pendek - dua hingga tiga tahun - telah dilancarkan.



Akses untuk permohonan baki flat juga kini lebih cepat, menurut Encik Zaqy.



Tempahan flat secara terbuka dilancarkan tahun lalu. Ia memberi mereka yang mencari rumah peluang melihat senarai flat baki dalam talian bila-bila masa, membuat permohonan dalam talian, dan membuat janji temu untuk memilih flat itu seawal esoknya, jika boleh.



Bagi mereka yang keperluan perumahannya lebih mendesak dan membeli flat jualan semula mungkin lebih sesuai, tempoh memproses flat sedemikian sekarang sekitar lapan minggu, berbanding 16 minggu sebelum ini.



Menyentuh tentang prasarana di estet matang, Encik Zaqy berkata pemerintah akan terus melabur untuk mempertingkat estet sedia ada supaya kekal sebagai kawasan perumahan baik, tidak kira usianya.



"Kita dapat lihat kawasan perumahan baru seperti Punggol dan Tengah, pelbagai kemudahan moden disediakan. Desainnya juga berlainan.



"Oleh itu, kita tidak mahu penduduk di estet matang berasa mereka ditinggalkan. Jadi kami mahu melabur untuk mempertingkat estet kita agar kekal sebagai kawasan perumahan baik dan meningkatkan mutu kemudahan di sekelilingnya," ujar beliau.



Bagi flat yang dibina hingga 1986, lebih $4 bilion telah diketepikan di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP), melibatkan sekitar 320,000 flat.



Ia akan diperluas kepada 230,000 flat lagi, yang dibina antara 1987 dengan 1997. Kerja-kerja itu akan bermula tahun ini dan disiapkan dalam tempoh 10 tahun.



Penduduk di estet baru juga boleh melihat lebih banyak ruang hijau, menurut menurut Encik Zaqy.



Tambahan 1,000 hektar taman dan penghubung taman di seluruh negara akan dibina dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Ini tambahan kepada 7,800 hektar sedia ada.



Dari segi keterhubungan, Encik Zaqy berkata pemerintah akan terus meningkatkan keterhubungan pengangkutan di estet baru.



Menjelang 2030, lapan dalam 10 rumah akan terletak dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api dan semua perjalanan ke pusat kejiranan terdekat akan mengambil masa kurang 20 minit.



Encik Zaqy turut menyentuh tentang isu kekurangan tanah yang dihadapi Singapura dan langkah-langkah yang bakal diambil pemerintah bagi mengatasinya.



"Kami sedang membina lebih banyak flat dan sekolah tinggi. Tetapi kami tidak berhenti di situ sahaja. Kami juga menggunakan ruang bawah tanah untuk membina laluan utiliti, landasan kereta api dan jalan raya," ujar beliau.

 




USAHA PERTINGKAT ESTET LAMA



"Kita dapat lihat kawasan perumahan baru seperti Punggol dan Tengah, pelbagai kemudahan moden disediakan. Desainnya juga berlainan. Oleh itu, kita tidak mahu penduduk di estet matang berasa mereka ditinggalkan. Jadi kami mahu melabur untuk mempertingkat estet kita agar kekal sebagai kawasan perumahan baik dan meningkatkan mutu kemudahan di sekelilingnya."
- Encik Zaqy Mohamed, menyatakan pemerintah akan terus melabur bagi mempertingkat estet sedia ada agar kekal menjadi kawasan perumahan baik, tidak kira usianya.



USAHA ATASI KETERBATASAN TANAH



"Kami sedang membina lebih banyak flat dan sekolah tinggi. Tetapi kami tidak berhenti di situ sahaja. Kami juga menggunakan ruang bawah tanah untuk membina laluan utiliti, landasan kereta api dan jalan raya."
- Encik Zaqy Mohamed, mengenai langkah-langkah yang bakal diambil pemerintah bagi mengatasi isu kekurangan tanah di Singapura.




FLAT HDB KEKAL DIMAMPUI



Contoh geran bagi pasangan muda pembeli flat kali pertama yang ingin tinggal dekat ibu bapa di Tampines.



Harga flat jualan semula 4 bilik (Tampines) $430,000



Tolak:



Geran Perumahan CPF Yang Dipertingkat hingga: $80,000



Geran Perumahan CPF hingga $50,000



Geran Perumahan Berhampiran $20,000



Harga yang perlu dibayar $280,000



"Hasil langkah-langkah ini (menyediakan pelbagai geran), kami berjaya memastikan kos perumahan awam kekal dimampui."
- Encik Zaqy Mohamed, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara)




LANGKAH PENDEKKAN TEMPOH MENUNGGU FLAT



- Tempoh undi bagi flat BTO dikurangkan kepada tiga minggu sejak Mei tahun lalu.



- Sekitar 3,600 flat BTO dengan tempoh menunggu lebih pendek - dua hingga tiga tahun - dilancarkan sejak November 2018



- Akses bagi permohonan baki flat dipercepat melalui tempahan flat secara terbuka yang dilancarkan tahun lalu. Ia membolehkan pembeli melihat senarai flat baki dalam talian bila-bila masa, membuat permohonan dalam talian, dan membuat janji temu untuk memilih flat itu seawal esoknya.



- Bagi mereka yang keperluan perumahannya lebih mendesak dan lebih sesuai membeli flat jualan semula, tempoh memproses flat sedemikian sekarang sekitar lapan minggu, berbanding 16 minggu sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >