Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Naluri seorang ibu dorong pegawai eksekutif CGH bantu 'tengokkan' anak pesakit

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



KETIKA Cik Jacqueline Aliu dibawa ambulans dan tidak berdaya bergerak akibat serangan penyakit di rumahnya, beliau buntu memikirkan keadaan anaknya yang berusia dua tahun ketika beliau dikejarkan ke hospital pada malam itu.



Mujurlah panggilan telefon daripada seorang eksekutif bersekutu perkhidmatan pesakit daripada Hospital Besar Changi (CGH) ketika itu telah meredakan kerisauannya tentang siapa yang akan menjaga anaknya apabila beliau terlantar di hospital.



"Saya tidak mahu ke hospital tapi apa akan jadi pada anak saya? Ambulans juga kena periksa adakah mereka boleh bawa anak saya kerana jika mereka bawa anak saya siapa yang akan bawa dia pulang.



"Jika saya masuk wad pihak hospital tidak akan benarkan anak saya sama-sama dalam wad dengan saya kerana keadaan Covid-19," ujar Cik Aliu, 42 tahun.



Beliau merupakan ibu tunggal yang tinggal hanya dengan anak lelakinya itu manakala ibu bapanya sudah meniti usia senja.



Sehari sebelumnya, beliau diberitahu doktor di A&E CGH beliau perlu dimasukkan ke wad kerana komplikasi daripada keadaan auto-imunnya yang menyebabkan beliau menghidapi atritis reumatoid.



Tetapi beliau memikirkan tiada yang menjaga anaknya itu pada waktu malam.



Beliau membuat keputusan yang sukar iaitu melanggar nasihat doktor dan pulang.



Malangnya, ketika ke bilik air, beliau tiba-tiba tidak dapat bergerak dan terus terduduk di atas tandas.



Pegawai eksekutif di CGH tersebut, Cik Fadhillah Rahamat, 37 tahun, telah menelefon Cik Aliu bagi memastikan beliau dapat pesanan ringkas tentang janji temunya pada keesokan hari.



Lazimnya, Cik Fadhillah hanya menghantar pesanan ringkas kepada pesakit. Namun, wajah anak Cik Aliu yang ditemui sehari sebelumnya kerana menemaninya ibunya diperiksa doktor asyik bermain di minda Cik Fadhillah.



Cik Fadhillah tergerak membuat panggilan telefon kerana mahu Cik Aliu dapat membuat pemeriksaan yang lebih rapi.



"Dia kemudian menjawab telefon sambil menangis dan beritahu saya dia di bilik air.



"Dia menangis. Dia kata 'tiada guna saya ke hospital, anak saya macam mana? Dia asyik bercakap tentang anaknya.



"Dia nangis saya pun nangis. Macam mana? Dia dalam kesakitan. Jadi, saya beritahu dia 'awak mesti pergi (hospital), jika tidak semua ini tidak dapat diselesaikan'," ceritanya.



Malah Cik Fadhillah menawarkan diri untuk menjaga anaknya itu setelah memberitahu Cik Aliu beliau sendiri mempunyai tiga anak yang masih kecil.



Cik Fadhillah menambah, nalurinya sebagai ibu menggerakkan hatinya untuk membantu.



"Sebagai ibu, kita nak buat segalanya untuk anak kita. Kita nak sihat. Kita nak buat yang terbaik untuk anak kita.



"Tetapi ada kala kita lupa jaga diri sendiri kerana anak kita. Bagi saya, saya ada ibu bapa untuk tolong. Untuk dia, ibu bapanya sudah tua dan tak dapat membantu banyak. Kalau dia tidak dimasukkan ke hospital untuk buat diagnosis, keadaan dia tidak akan jadi lebih baik."



Apabila beliau tiba di hospital dengan ambulans, Cik Fadhillah menjaga anak lelaki Cik Aliu di tempat kerja.



Tanpa disangka ayah Cik Aliu yang sudah berumur, datang untuk mengambil cucunya pulang dan menjaganya di rumah pada malam itu.



Cik Fadhillah agak lega kerana bosnya tidak begitu setuju pada awalnya untuk membiarkan beliau membawa pulang anak kecil itu kerana tiada hitam putih.



Beliau kemudian bersama suaminya menghantar ayah dan anak Cik Aliu ke rumahnya.



Keesokan harinya, sekali lagi naluri keibuannya tidak rasa tenteram dan mahu melihat sendiri anak Cik Aliu dalam keadaan baik.



"Sebagai seorang ibu, walaupun ada orang lain jaga, kita tidak bolehlah. Kita mesti lihat di depan mata kita sendiri baru kita rasa puas," jelasnya mengandaikan dirinya sebagai ibu anak lelaki itu pada waktu itu.



Beliau turut risau sekiranya ayah Cik Aliu yang sudah berumur serta jalan agak terincut-incut, boleh mengendalikan anak lelakinya seorang di rumah.



Cik Fadhillah mengambil cuti daripada kerja pada keesokan harinya semata-mata untuk melawat anak lelaki itu dan datuknya kerana risau akan keadaan mereka lebih-lebih lagi setelah datuk anak lelaki itu mengalu-alukan kedatangannya setelah beliau memberi pesanan ringkas padanya.



"(Bila tiba) Saya dapat lihat yang dia penat. Apabila saya di sana, dia duduk di sofa. Saya ambil alih, bermain-main dengan (budak lelaki itu), makan... Dia nak main lari-lari (play catch) jadi saya main lari-lari dengan dia,"ceritanya melayan budak lelaki yang aktif itu agar datuknya boleh berehat.



Beliau turut mengemaskini keadaan mereka kepada Cik Aliu yang boleh pulang lewat hari itu setelah menjalani pemeriksaan yang perlu.



"Fadhillah bukan sahaja ambil cuti kerja... beliau juga sering menghantar pesanan ringkas kepada saya bagi beri saya dorongan kerana tiada ubat di dalam dunia ini yang boleh pulihkan (penyakit) dalam sehari. Keadaan saya sangat teruk.



"Walaupun saya telah lalui semua diagnosis, mereka beri saya ubat dan mengizinkan saya pulang, sendi-sendi saya masih sangat kejang. Tapi saya masih perlu pulang untuk anak saya," cerita Cik Aliu.



Beliau menghargai jasa yang dihulurkan oleh Cik Fadhilllah kerana tanpa pertolongannya pada ketika itu yang membolehkannya membuat pemeriksaan lanjut, mungkin penyakitnya akan lebih melarat.



Kini, selepas kejadian yang berlaku Mac lalu, mereka sering berhubung hingga terjalin satu persahabatan dan sering bertukar pendapat tentang membesarkan anak lelaki.




Soal jawab kesihatan





Kemukakan sebarang pertanyaan tentang kesihatan anda kepada kami. Doktor-doktor Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) yang bertauliah dan berpengalaman sedia menjawab segala persoalan.



Kemukakan soalan anda kepada: nizam@sph.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >