Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

NKF hargai jasa relawan, alu-alu orang ramai tampil membantu

Dec 27, 2021 | 05:30 AM



Fungsi utama buah pinggang ialah membersihkan darah, membuang sisa toksik dan bahan kimia lain yang tidak diperlukan badan. Malangnya, penjagaan kesihatan buah pinggang semakin diabaikan menyebabkan jumlah pesakit yang menghidap penyakit ini kian meningkat. Menyedari kepentingan menjaga ginjal, sukarelawan bekerjasama rapat dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi program pendidikan kesihatan ginjal serta daya usaha untuk mendekati penduduk kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. BERITA HARIAN melaporkan.




SUSULI khidmat sukarela yang ditaburnya, Cik Siti Hanim Abdul Rahim, 58 tahun, telah menerima Anugerah Sukarelawan Inspirasi pada Hari Penghargaan Sukarelawan (VAD) Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) yang diadakan baru-baru ini.



Dalam e-melnya kepada Berita Harian (BH), NKF memuji sikap Cik Siti Hanim yang tabah menabur baktinya itu secara sukarela di sebalik wabak Covid-19 yang melanda.



"Beliau terus tampil dengan mendekati pesakit lain dengan menawarkan sokongan kepada mereka.



"Beliau secara aktif menyertai sesi perkongsi maya dengan orang ramai dan rakan NKF dalam usaha menyokong isu kesihatan buah pinggang dan menggabungkan pesakit bagi melakukan kerja-kerja bermanfaat, sehingga tertubuhnya sebuah kumpulan sokongan.



"Beliau juga menyatukan pesakit lain agar sama-sama mendermakan pek jagaan kepada jururawat sebagai menghargai kerja keras mereka," kata NKF.



VAD diperkenalkan sebagai menghargai dan menyambut pencapaian golongan sukarelawan NKF.



Ini sebagai satu usaha memaparkan kerja baik yang dilakukan mereka dan memberi inspirasi kepada lebih ramai anggota masyarakat dengan tampil menjadi rakan NKF dan "memberikan harapan kepada pesakit".



Pada masa ini, terdapat seramai 2,242 sukarelawan yang berkhidmat dengan NKF.



Mereka terdiri daripada latar belakang berbeza seperti pelajar, ahli korporat dan pesara.



NKF juga mempunyai seramai 86 sukarelawan yang merupakan pesakit.



"Sebelum wabak Covid-19 melanda, sukarelawan yang merupakan pesakit terlibat dalam sesi mendamping, tunjuk cara memasak, mengumpul dana dan mendekati orang ramai.



"Mereka juga terlibat dalam kerja pentadbiran, sesi orientasi bagi sukarelawan baru serta sesi perkongsian dengan sekolah, syarikat korporat serta kumpulan masyarakat.



"Kini mereka terlibat dalam sesi perkongsian secara dalam talian dengan sekolah syarikat korporat dan kumpulan masyarakat," kata NKF.



NKF akur bahawa kebanyakan pesakitnya tidak celik teknologi justeru sukar buat sukarelawan berhubung secara maya dengan golongan sedemikian.



Namun, sukarelawan dikatakan mampu mengubah kreativiti mereka kepada idea yang mampu dilaksanakan dan kini menjadi penyokong NKF menerusi perkongsian mengenai ginjal di media sosial.



Sebagai satu usaha membantu pesakit mengatasi kebimbangan mereka mengenai teknologi, sukarelawan telah menyediakan kad-kad pamer berkaitan teknologi maklumat (IT) untuk dikongsi dengan pesakit.



Bengkel-bengkel dalam talian seperti jagaan mata, kemahiran temu duga untuk pekerjaan, dan klinik-klinik IT juga diadakan buat pesakit dengan bantuan rakan-rakan pusat dialisis.



Selain itu, sukarelawan juga mendapatkan sokongan sahabat, rakan sepejabat selain kawan sekolah mereka dalam usaha mengumpul dana untuk NKF.



"Sukarelawan kami juga menyatukan rangkaian kenalan mereka dengan menghasilkan bersama pek-pek jagaan, kad-kad yang ditulis sendiri, kain yang dikait dan sabun yang dihasilkan sendiri - untuk dihantar kepada pesakit," kata NKF lagi.



Mereka yang berminat menjadi sukarelawan boleh menghantar e-mel kepada volunteer@nkfs.org.




PENGHARGAAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH SUKARELAWAN INSPIRASI



"Beliau terus tampil dengan mendekati pesakit lain dengan menawarkan sokongan kepada mereka. Beliau secara aktif menyertai sesi perkongsian maya dengan orang ramai dan rakan NKF dalam usaha menyokong isu kesihatan buah pinggang dan menggabungkan pesakit bagi melakukan kerja-kerja bermanfaat, sehingga tertubuhnya sebuah kumpulan sokongan.
Beliau juga menyatukan pesakit lain agar sama-sama mendermakan pek jagaan kepada jururawat sebagai menghargai kerja keras mereka."
- Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >