APAKAH ITU WAKAF?
WAKAF adalah sedekah jariah (amalan yang berterusan pahalanya) atau endowmen kebajikan yang diberi secara sukarela dalam bentuk hadiah yang berkekalan, semata-mata untuk Allah swt.
Wakaf boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai, hartanah atau lain-lain aset bagi tujuan- tujuan yang dinyatakan oleh pemberi (wakif).
Modal wakaf tidak boleh diagihkan. Hanya pendapatan yang diraih daripada modalnya boleh diagihkan mengikut hasrat wakif.
APA BEZANYA WAKAF DENGAN DERMA, INFAK ATAU ZAKAT?
Bagi derma, infak atau zakat, sumbangan yang diberi akan digunakan secara keseluruhan bagi tujuan yang ditetapkan, seperti pembinaan masjid atau membantu golongan memerlukan.
Misalnya, kesemua wang zakat yang disumbang pada sesuatu tahun akan diagihkan kepada asnafasnaf zakat.
Berbeza dengan wakaf, sumbangan wakaf (modal) tidak boleh diagihkan.
Hanya pendapatan atau hasil pulangan yang dijana daripada modal tersebut menerusi sebarang pelaburan yang boleh diagihkan kepada penerima mengikut hasrat wakif.
BAGAIMANA WAKAF DAPAT MEMANFAATKAN MASYARAKAT ISLAM?
Melalui amalan sedekah, wakaf telah memberi manfaat kepada masyarakat dari segi sosio-agama, bidang pendidikan dan ekonomi, antaranya:


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg