Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

ANTARA YANG SESUAIKAN NIAGA IKUT PEREDARAN MASA

Lancar jenama keperluan solat, pertingkat e-dagang

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM Covid-19, usahawan Encik Heikal Gani 39 tahun, kerap menguruskan perniagaannya di luar negara.



Beliau yang sering berulang-alik antara Shanghai, Amerika Syarikat, Canada, Indonesia dan Singapura untuk memasarkan jenama niaganya sendiri termasuk sut Indochina, pula tidak duduk diam apabila perjalanannya tersekat sejak Covid-19 melanda dunia.



Walaupun beliau terpaksa kekal di Singapura sejak setahun lalu, beliau telah mengambil kesempatan tempoh pemutus litar untuk melancarkan jenama Lasouk di Singapura yang menjual keperluan solat seperti sejadah, tasbih, dan telekung dengan sentuhan moden.



Encik Heikal yang telah merantau untuk berniaga sejak berusia 20 tahun berkata beliau perlu sesuaikan diri apabila tidak dapat terbang ulang-alik seperti biasa, namun usaha perniagaan yang dikendalikan melalui e-dagang secara digital boleh disesuaikan dengan keadaan sekarang.



Beliau yang mempunyai 20 pekerja di China dan lima di Canada berkata, pengalamannya memulakan serta mengendalikan perniagaan di luar negara, terutama sekali bagi pasaran yang lebih celik teknologi seperti Amerika Syarikat dan China, mendorong beliau berfikir dengan lebih inovatif untuk cuba mendekati pelanggan.



"Dalam bidang e-dagang, penting untuk sentiasa mengutamakan khidmat yang ingin ditawarkan, memahami kehendak pelanggan, trend produk, cara terbaik untuk pelanggan menerima produk (yang dibeli) serta berinteraksi dengan jenama," ujarnya. Latar belakang pendidikannya di universiti dalam bidang psikologi membantu beliau melihat dari sudut pandangan pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >