Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Obor China

Projek BRI boleh menyinar
Feb 07, 2019 | 05:30 AM



Dalam era Brexit dan prinsip mengutamakan Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump, China mengambil peluang memaparkan visi globalisasinya dengan menyeru negara-negara lain termasuk Singapura sama-sama membentuk pola ekonomi baru yang menjanjikan keuntungan buat sama - Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang sebelumnya dikenali sebagai 'Satu Jalur Satu Laluan' (One Belt One Road). Jika terlaksana, BRI menjangkaui sempadan benua dari Jakarta sehingga ke Rotterdam dan bakal melakar semula peta perdagangan dan geopolitik dunia pada skala yang tiada tolok bandingnya. Malah manfaat BRI bagi mewujudkan pelbagai peluang dan merangsang pertumbuhan negara-negara lain turut diakui oleh para pemimpin dunia yang berkumpul bagi Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos, Switzerland, baru-baru ini. BERITA HARIAN menyorot visi dan matlamat BRI.



LALUAN Sutera yang menghubungkan Eropah, Afrika dan Asia sehingga ke China yang diuar-uarkan kepimpinan China hari ini pernah digunakan oleh pedagang pada zaman dahulu.



Waktu itu, ia merupakan laluan pedagang yang bertukar-tukar barang dan berjual beli antara benua terbabit.



Begitu juga Laluan Sutera maritim dengan pedagang China belayar dan mengendalikan pelabuhan terbesar yang pernah dilihatnya.



Pedagang China pada ketika itu menguasai laluan perdagangan maritim di rantau Asia Tenggara untuk ke seluruh dunia - memasarkan hasil dagangan.



Perdagangan dengan China ketika itu sebahagiannya tertumpu kepada kain sutera dan barangan porselin atau tembikar yang mendapat permintaan tinggi di serata pelusuk dunia.



Kini dalam abad ke-21, gergasi ekonomi dunia, China, giat mengambil inisiatif untuk mengaktifkan semula laluan-laluan sutera darat dan maritim yang dikenali sebagai Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiatives) atau BRI.



BRI baru yang bakal diwujudkan China merupakan satu projek mega kurun ini.



Berucap semasa merasmikan Forum Inisiatif BRI - yang sebelum ini juga dikenali sebagai 'One Belt, One Road' (OBOR) - Presiden China, Encik Xi Jinping, berjanji untuk mencipta model baru kerjasama yang saling menguntungkan menerusi inisiatif tersebut.



Inisiatif BRI dipelopori Presiden Xi pada 2013.



Ia seolah-olah mewujudkan semula Laluan Sutera yang dijangka mengukuhkan lagi pengaruh sejagat China dalam bidang perdagangan dan geopolitik.



Inisiatif itu bertujuan membina satu rangkaian perdagangan dan prasarana yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika menerusi pelabuhan-pelabuhan, jalan raya, kereta api dan taman-taman perusahaan.



China merancang untuk membina dan menyambungkan landasan kereta api ke negara-negara Asia Timur.



China juga sedang berusaha keras untuk menarik lebih banyak negara jirannya meningkatkan infrastruktur pelabuhan masing- masing untuk misi Laluan Sutera maritimnya.



Dari China, laluan ini menjangkau ke seluruh dunia sehingga ke Eropah, Afrika, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.



Untuk itu, China menganggap negara-negara Asia Tenggara boleh menjadi pintu masuk kepada laluan maritim ini selain berkongsi faedah dan kemakmuran ekonomi daripada apa yang dirancangnya.



China juga mengumumkan penubuhan Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) pada November 2014, dengan dana berjumlah AS$40 bilion ($54.1 bilion) khusus untuk negara-negara yang menyokong usaha meningkatkan infrastruktur masing-masing bagi membolehkan China disambungkan dengan negara terbabit dengan hasrat menjayakan matlamat BRI.



Nadi kepada aktiviti perdagangan ini ialah pengwujudan sebuah bandar pelabuhan dan perindustrian ultra moden di Qianhai, Shenzhen, yang akan bergandingan dengan Hongkong yang terletak di bahagian pulau di sebelahnya.



Kawasan ini akan menjadi pusat pertumbuhan baharu China menjelang tahun 2020 dan ia akan 'digabungkan' ke seluruh dunia melalui 'jalan' laut, udara dan darat.



Yayasan Keamanan dan Pembangunan China (CFPD) telah menganjurkan majlis dialog 'Rakan-Rakan Pada Laluan Sutera' yang antara lain untuk berkongsi pandangan terhadap cadangan ini.



Menurut yayasan itu, sejarah telah menunjukkan China adalah satu kuasa perdagangan dan bukan kuasa penjajah dan sehubungan itu lebih banyak bandar besar seharusnya menjadikan Shenzhen sebagai bandar kembar mereka.



Pembentukan AIIB dilihat dapat membantu negara lain yang ingin menyertai cita-cita besar China sambil menyelaraskan peraturan perdagangan yang berbeza-beza yang wujud di setiap negara. - Agensi berita.




APA KATA PENIAGA S'PURA



GALAK SYARIKAT S'PURA BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT LAIN BAGI REBUT PELUANG NIAGA BRI



Statistik menunjukkan 33 peratus dari semua pelaburan ke luar berkaitan Belt and Road Inisiatif (BRI) mengalir melalui Singapura, manakala 85 peratus pelaburan ke China dibuat melalui Singapura. Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 2017, lebih 6,500 syarikat China membentuk perniagaan di Singapura, hampir berganda jumlah syarikat berbanding lima tahun lalu. Ini menggambarkan kepentingan syarikat China menyejagat melalui Singapura dan hasil kerjasama dengan syarikat Singapura. Untuk memanfaatkan peluang BRI, perniagaan tidak harus bertindak sendirian. Rangkaian nilai produk semakin panjang dan pelbagai terutama bagi projek BRI yang besar yang melibatkan banyak pihak. Dalam sekitaran itu, ia amat penting bagi peniaga mempunyai pandangan luas mengenai proses berbeza untuk bekerjasama dengan syarikat lain dan lebih penting lagi, melindungi kepentingan komersial mereka sendiri. Tidak semua syarikat yang dapat membangunkan rel atau melaksanakan projek prasarana yang besar di bawah BRI. Tetapi, apa yang boleh dilakukan para peniaga ialah meningkatkan tawaran mereka hasil kerjasama serantau atau sejagat.
- Setiausaha Agung Persekutuan Perkilangan Singapura, Dr Ahmad Mohamed Magad.



AKSES BAGI PENIAGA S'PURA KEPADA PASARAN LUAR YANG LEBIH LUAS



Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China akan memberikan peniaga Singapura akses kepada pasaran luas yang mempunyai lebih 1 bilion penduduk di samping pelbagai peluang lain yang ditawarkan China serta negara-negara lain yang berada sepanjang jaluran projek gergasi itu. Melalui prasarana yang dibina bagi memajukan lagi perniagaan, pasaran-pasaran baru ini akan menjadi lebih mudah diakses dari Singapura hingga ke China, Eropah dan juga juga negara-negara lain yang berada dalam lingkungan BRI.
- Ketua Pegawai Operasi (COO) Global Agricultural Exchange, Encik Farhan Firdaus.




Infografik: INISIATIF BELT & ROAD (BRI)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >