JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang berpangkalan di Arab Saudi dan mewakili lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, menegaskan iltizamnya kepada perpaduan dalam memerangi dasar-dasar 'sektarian', atau taifah, minggu lalu.
Anggota OIC akan berdiri "bersatu dalam memerangi dasar sektarian, pengakuan, dan pengecualian yang telah membawa kepada hasutan di sesetengah negara serta mengancam keselamatan dan kestabilan mereka", kata satu kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan itu pada akhir mesyuarat dua harinya di Jeddah.