Pakar: Isu pertikaian AS-China lebih daripada dagangan
Saingan bagi keunggulan, perjanjian dijangka akhir tahun atau awal tahun depan Di tengah-tengah pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China ialah dakwaan Presiden Amerika Donald Trump bahawa negaranya kerugian AS$500 bilion ($685 bilion) kepada China setiap tahun. Mengenakan tarif seolah-olah merupakan huraian Presiden Trump bagi masalah ekonomi negaranya. Tetapi ahli ekonomi berkata perdagangan bukan masalah sebenar pertikaian AS-China dan melihat defisit perdagangan sahaja ialah pandangan cetek mengenai hubungan ekonomi antara negara-negara.
IA disifatkan secara meluas sebagai ketegangan perdagangan atau perang perdagangan, tetapi perbalahan antara Amerika Syarikat dan China sebenarnya bukan mengenai perdagangan, kata seorang mantan ahli ekonomi Bank Dunia.