Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Papar rasa setia negara

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



ADAKAH golongan milenial Singapura patriotik? Berminggu-minggu lamanya soalan tersebut bermain di benak.



Rakan setugas, ahli keluarga, teman, malah profesor di universiti, telah saya hubungi untuk mendapatkan sebanyak mungkin pandangan mengenai isu ini.



Warganet milenial juga tidak ketinggalan. Sempat saya lakukan pengundian ringkas dalam media sosial.



Jawapan yang saya terima cukup menarik dan menjadi bahan yang telah mencetuskan ilham rencana ini.



"Adakah milenial warga Singapura patriotik?" saya bertanya.



Mereka hanya mempunyai dua pilihan jawapan - ya atau tidak.



Sebanyak 74 peratus responden memilih 'Tidak'.



Namun, beberapa orang kemudian mengirimkan mesej peribadi kepada saya.



Mereka berkata, meskipun rasa golongan milenial tidak patriotik, mereka sendiri (tergolong dalam kategori milenial) sangat patriotik.



Saya mengadakan pengundian kedua:



"Adakah awak patriotik?"



Sebanyak 63 peratus responden memilih 'Ya'.



Saya akur ini sama sekali bukan uji kaji saintifik yang membuktikan apa-apa. Namun, ini cukup buat saya berfikir dan menjadi bahan perbincangan.



Patriotisme, atau semangat setia negara, ditakrifkan sebagai cinta kuat serta bakti terhadap tanah air.



Perangkaan Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dua tahun lalu yang mendapati kebanggaan terhadap negara dalam kalangan anak muda meningkat daripada 3.18 pada 2013 kepada 3.37 pada 2016 dalam keseluruhan empat mata.



Ditanya apakah yang menyebabkan peningkatan itu, Profesor Madya Ho Kong Chong daripada jabatan sosiologi Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata:



"Keadaan di Singapura baik. Mungkin anak muda patriotik kerana terdapat perkara yang boleh mereka banggakan. Ekonomi kita stabil, perkara berjalan lancar. Semua ini menyumbang kepada kebaikan Singapura."



Jika kaji selidik yang dilakukan pada peringkat nasional itu (dan 'kaji selidik' saya sendiri di media sosial) mendapati rata-rata kebanyakan golongan muda Singapura bangga dengan negara ini dan mempunyai semangat patriotisme, maka kenapa pula ramai yang berfikiran rakan milenial lain tidak memiliki semangat yang sama?



Adakah ini disebabkan kurangnya paparan patriotisme secara luaran dalam kalangan milenial?



Mungkinkah mereka rasa bahawa menunjukkan secara terang-terangan dan memberitahu orang bahawa mereka patriotik adalah tidak 'cool' atau memalukan?



Justeru timbul pula persoalan - bagaimanakah kita mahu tonjolkan semangat patriotisme?



Setiap orang mungkin ada cara tersendiri menunjukkan semangat patriotisme. Bahkan, barangkali berbeza penonjolannya dari negara ke negara dan tidak mustahil berubah dari masa ke masa, generasi ke generasi seterusnya.



Patriotisme tidak seharusnya dihadkan pada mengorbankan nyawa bagi negara. Semangat setia negara lebih daripada itu.



Memakai pakaian merah, putih, mengibarkan bendera Singapura, menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu tema dengan bangga setiap kali tiba Hari Kebangsaan - ini semua manifestasi patriotisme.



Mudah mahu melakukannya jika orang sekeliling menunjukkan keghairahan sama.



Namun, bagaimana pula selepas 9 Ogos? Apabila semangat menyambut hari kemerdekaan negara sudah tiada... Apabila kehidupan diteruskan seperti sediakala?



Pada masa itulah cinta kita terhadap negara 'diuji'.



Sebagaimana pasangan suami isteri tidak hanya mencintai satu sama lain hanya pada hari istimewa sahaja malah sepanjang kehidupan. Mereka lalui susah senang bersama.



Melalui cara tersendiri, kita boleh melakukan perkara yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kebaikan negara.



Berbaktilah kepada tanah air dengan mewujudkan keamanan dan keharmonian sesama warga dan penduduk. Pertahan nilai yang dipegang selama ini, yang diajar oleh nenek moyang kita yang membina Singapura. Sumbang idea dan kepakaran agar kita dapat terus membina negara bersama.



Jika ada yang tidak kena, jangan setakat merungut dan saling menyalahkan. Lakukan sesuatu yang membina agar masyarakat dan negara terus maju.



Patriotisme tidak terbatas di medan perang. Semangat itu juga bukan sesuatu yang patut lahir hanya semasa kita berada di tanah orang lain.



Apa pun cara kita mengetengahkan semangat patriotisme yang mungkin masih tersembunyi dalam diri, lakukannya dengan yakin dan bangga.



Andai bukan kita yang cintakan tanah air sendiri, siapa lagi yang boleh diharap melakukannya?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >