Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Pastikan bas tiba tepat masa, khidmat selamat dan cepat

Jan 25, 2014 | 06:00 AM

KETEPATAN masa dalam perkhidmatan bas penting. Ini lebih-lebih dalam pemerintah berusaha menggalak orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, langkah terbaru pemerintah menawarkan ganjaran dan denda kewangan bagi memperbaiki ketepatan masa perkhidmatan bas harus dialu-alu. Pengendali bas akan diberi sehingga $6,000 sebulan bagi setiap enam saat yang dikurangkan daripada tempoh menunggu berlebihan (EWT), iaitu perbezaan antara tempoh menunggu sebenar dengan yang dijadualkan, dan didenda sehingga $4,000 jika sebaliknya berlaku.

Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, telah menjelaskan bahawa tekanan lebih tinggi bagi memastikan bas tiba di perhentian tepat pada masa lebih terletak pada operasi di bahagian belakang, dan berdasar pengalaman di London, "tekanan tambahan ke atas pemandu tidak begitu besar". Namun, kebimbangan langkah tersebut mengakibatkan pemanduan tidak selamat wajar diberi perhatian. Dalam hal ini, penilaian hasil langkah itu tidak boleh berdasarkan statistik nahas dan penilaian pengendali bas semata-mata. Ia harus merangkumi pengalaman penumpang juga. Tidak semua pemanduan tidak selamat membawa kepada nahas, oleh itu maklum balas apakah penumpang berasa selamat menggunakan sesuatu perkhidmatan bas mesti didapatkan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >