Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN MENTAL: Luahan hati pesakit, penjaga

Pegawai Kelab Heal atasi kemurungan dengan 'pinjamkan telinga' bantu orang

imh
Oct 28, 2019 | 05:30 AM



'MEMINJAMKAN telinga' kepada mereka yang mengalami keadaan mental mungkin sudah menjadi satu kebiasaan bagi Cik Rishah Zainal, 32 tahun.



Tetapi tanpa diketahui ramai, hari demi hari, beliau juga berjuang melawan keadaan mentalnya sendiri iaitu keresahan dan kemurungan.



Biarpun begitu, memulihkan insan lain membantu dirinya untuk pulih sedikit demi sedikit.



"Membantu orang lain sangat berbaloi. Apabila saya berinteraksi dengan seseorang yang mengalami keadaan mental dan berjaya menjalin hubungan dengan mereka, ia seperti detik 'AHA!'... kerana tidak mudah bagi mereka percaya dengan kita.



"Jadi apabila saya dapat membantu orang lain, saya berasa puas," ujar pakar sokongan rakan sebaya di Kelab Heal itu.



Ketika ditemui Berita Harian, beliau, yang tampak ramah orangnya, berkongsi bahawa sikap beliau sekarang jauh beza daripada dulu.



Seawal di bangku sekolah menengah, Cik Rishah tidak suka bercampur dengan rakan lain.



Dalam kelas, perbuatan seperti mengangkat tangan untuk menanyakan soalan pun sudah membuat beliau berasa gerun. Lama-kelamaan ia semakin teruk sehingga menjejas prestasinya di tempat kerja ketika beliau bertugas sebagai eksekutif pentadbiran.



"Apabila saya duduk, perasaan takut mengangkat dan menjawab panggilan telefon menyelubungi diri saya," kata ibu seorang anak itu.



Kelakuan Cik Rishah menggamit perhatian bos beliau, yang menggalakkannya mendapat rawatan lima tahun lalu.



Setahun kemudian, penyertaannya sebagai eksekutif program untuk mengurus program pemulihan di Kelab Heal banyak merubah kehidupannya.



"Sebenarnya, saya tak tahu apa nak jangka. Saya resah ingin berjumpa dengan orang baru yang saya tak kenal dan apabila orang tanya nama saya, saya menjadi takut.



"Tetapi saya memberitahu diri saya bahawa jika saya ingin berubah, ia perlu bermula dengan diri saya sendiri. Saya perlu sedaya upaya tepis perasaan ini dan fokus membantu orang lain," ujar anak bongsu dalam keluarga tiga adik-beradik itu yang masih memakan ubat untuk membantu beliau pulih.



Kini sebagai pakar sokongan rakan sebaya, antara tanggungjawab Cik Rishah adalah mendengar luahan mereka yang mengalami keadaan mental dan memberi nasihat menerusi pengalamannya sendiri.



"Apabila orang datang berkunjung ke Kelab Heal, mereka ingin berbual dengan seseorang dan jika tidak ada orang layan mereka, mereka akan pencilkan diri.



"Secara peribadi, matlamat saya adalah menjadi orang pertama menyambut mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan di Kelab Heal," katanya bersemangat.



Biarpun akur bahawa beliau masih lagi mengalami simptom seperti sukar bertutur dengan lancar dan kegelisahan, Cik Rishah berkata keadaannya jauh lebih baik sekarang.



"Saya sudah pulih, tetapi belum sembuh sepenuhnya," katanya.



Menurut Cik Rishah, pulih bererti beliau puas dengan keadaannya sekarang, manakala sembuh pula bermakna keadaan mental itu terhapus sepenuhnya.



Beliau, yang berhasrat terus menceburi bidang kerja sosial, menambah:



"Saya mahu terus menyentuh kehidupan lebih ramai orang kerana saya yakin dengan memulihkan lebih ramai orang, ia dapat memulihkan diri saya dengan lebih juga."




"Sebenarnya, saya tak tahu apa nak jangka. Saya resah ingin berjumpa dengan orang baru yang saya tak kenal dan apabila orang tanya nama saya, saya menjadi takut. Tetapi saya memberitahu diri saya bahawa jika saya ingin berubah, ia perlu bermula dengan diri saya sendiri. Saya perlu sedaya upaya tepis perasaan ini dan fokus membantu orang lain."
- Cik Rishah Zainal, pakar sokongan rakan sebaya di Kelab Heal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >