LIDAH PENGARANG
Pelaburan demi S'pura yang lebih selesa
Berita Minggu AHAD, 19 JANUARI 2020
Jan 19, 2020 | 05:30 AM
KESEJAHTERAAN penduduk sentiasa menjadi matlamat utama dalam usaha pemerintah menyediakan prasarana dan kemudahan awam di Singapura.
Rancangan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk membina kawasan hijau di estet perumahan awam baru-baru ini merupakan antara langkah ke arah usaha tersebut.