Pelaburan teknologi dan bakat pastikan S'pura kekal selamat

Pasukan Polis Singapura (SPF) telah berusaha mencapai kecemerlangan sepanjang dua dekad lalu dalam membantu menjaga keselamatan negara. Baru-baru ini SPF telah memenangi anugerah Kecemerlangan Perniagaan (BE) 2019 anjuran Enterprise Singapore.

PASUKAN Polis Singapura (SPF) telah melabur pelbagai jenis teknologi dan bakat selama bertahun-tahun demi membantu mencapai matlamat menjadikan republik ini sebagai tempat paling selamat di dunia.

Pada 1999, organisasi ini mencapai Kelas Kualiti Singapura (SQC) sebagai satu cara memastikan ia tetap berada di landasan yang betul bagi mencapai visi ini di tengah-tengah perubahan landskap.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan