PEMBACA Berita Harian (BH) akan berpeluang mendapatkan baucar Bazar Hari Raya bernilai $5 setiap satu sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama antara Our Tampines Hub (OTH) dan BH.
Bermula esok, pembaca BH boleh menggunting kupon di akhbar ini dan kemudian menukarkannya di kaunter Central Plaza OTH mulai 11 pagi.