Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Pemeriksaan awal, kunci selamatkan nyawa

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



MELAKUKAN pemeriksaan buah dada sama seperti melakukan pemeriksaan kesihatan penyakit lain.



Wanita tidak perlukan sokongan sesiapa pun dalam melakukan pemeriksaan ini.



Mamografi adalah pemeriksaan paling mudah dan penting bagi barah buah dada dan ia tidak memakan masa yang lama.



Wanita juga boleh melakukan pemeriksaan buah dada sendiri setiap sebulan sekali bagi memastikan agar buah dada mereka tidak mempunyai sembarang ketulan.



Yayasan Barah Buah Dada (BCF) juga berharap agar semua wanita Melayu/Islam berusia 20 tahun ke atas melakukan pemeriksaan buah dada sendiri.



Mereka yang berusia 40 tahun akan menjalani pemeriksaan mamografi setahun sekali; dan mereka berusia 50 tahun ke atas akan melakukan pemeriksaan mamografi dua tahun sekali.



Menurut angka Pendaftaran Kanser Singapura pada 2015, kajian menunjukkan bahawa wanita Melayu mungkin berjumpa doktor ketika barah buah dada mereka berada di peringkat lanjut dengan tumor yang lebih besar berbanding wanita Cina dan India.



Ini mengakibatkan kadar kelangsungan hidup (survival rates) yang lebih rendah.



Kadar kelangsungan hidup bagi wanita Melayu dalam tempoh lima tahun adalah sebanyak 54 peratus, manakala kadar tersebut adalah sebanyak 73 peratus bagi wanita Cina dan 65 peratus bagi wanita India.



Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan budaya, sosio ekonomi dan gaya hidup dalam mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.



Menurut BCF, mengesan barah buah dada awal adalah kunci untuk menyelamatkan nyawa.



Namun, segolongan besar wanita Melayu-Islam tidak kerap menjalani pemeriksaan mamografi.



Data telah menunjukkan bahawa wanita Melayu/Islam mempunyai kadar mamografi yang lebih rendah dan ini dipercayai kerana fahaman yang berkurangan tentang kepentingan pemeriksaan buah dada.



BCF percaya ada wanita Melayu/Islam tidak mahu menjalani pemeriksaan mamografi kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tidak tepat tentang barah buah dada.



Konsultan kanan bagi jabatan onkologi perubatan di Pusat Kanser Parkway, Dr Wong Chiung Ing, menjelaskan bahawa barah buah dada adalah barah yang paling kerap dialami wanita di seluruh dunia.



Tanda-tanda barah buah dada termasuk kemunculan ketulan atau ulser di buah dada, rasa sakit, penyongsangan puting buah dada dan keluaran cecair yang tidak normal atau perubahan pada kulit (kemerahan, bengkak, berjerawat atau rasa gatal-gatal).



Justeru, Dr Wong turut menggalakkan pemeriksaan buah dada yang kerap dan pengesanan awal di kalangan wanita.



"Walaupun pemeriksaan buah dada tidak dapat mencegah kanser buah dada, ia boleh membantu dalam pengesanan yang lebih awal supaya ia boleh dirawat.



"Apabila barah buah dada didiagnosis lebih awal, kadar kelangsungan hidup lima tahun adalah lebih daripada 90 peratus.



"Pemeriksaan buah dada ini termasuk pemeriksaan buah dada sendiri pada setiap sebulan sekali dan pemeriksaan mamografi," kata Dr Wong.



Dalam pada itu, BCF mengundang masyarakat awam untuk mengunjungi Pusat Barah Buah Dada yang baru dan bakal dibuka.



BCF juga mengalu-alukan semua pesakit barah buah dada untuk menyertai BCF sebagai anggota supaya mereka boleh mendapat sokongan dalam perjuangan mereka untuk menentang barah buah dada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >